awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerugian angkara 'scammer' mampu cecah RM1.2 bilion tahun ini

Bernama
Bernama
09/08/2023
14:23 MYT
Kerugian angkara 'scammer' mampu cecah RM1.2 bilion tahun ini
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata unjuran itu diperoleh daripada Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini semasa pembentangan kertas Majlis Sosial Negara yang antara komponen laporannya ialah berkaitan jenayah 'scammer.' Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Kerugian akibat kes penipuan atau 'scammer' diunjurkan mampu mencecah hingga RM1.2 bilion pada hujung tahun ini jika kesedaran dalam kalangan orang awam berkaitan jenayah itu masih kurang.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata unjuran itu diperoleh daripada Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini semasa pembentangan kertas Majlis Sosial Negara yang antara komponen laporannya ialah berkaitan jenayah 'scammer.'
"Ini bermaksud jenayah ini semakin serius maka antara usaha polis kini juga harus bersifat mewujudkan kesedaran awam supaya tidak menghampiri atau terjebak (daripada menjadi mangsa scammer)," katanya kepada pemberita selepas Seminar Pembangunan Modal Insan dan Sahsiah Diri di sini hari ini.
Beliau turut melahirkan kekhuatiran jika trend itu semakin meningkat, jumlah kerugian akan melepasi jenayah konvensional seperti curi kenderaan.
Saifuddin Nasution juga diminta mengulas laporan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memohon notis merah polis antarabangsa terhadap menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi individu yang dipercayai melarikan diri dalam kes penyelewengan projek di sebuah kementerian.
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri akan melihat bentuk kerjasama yang diperlukan oleh SPRM bagi permohonan itu.
"Saya nak sebut ini dahulu, setakat kenyataan yang diberikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, ia kekal begitu dulu, saya tak mahu menceroboh dalam bidang kuasa dia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes penipuan
#scammer
#kerugian
#KDN
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan