awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerugian jenayah komersial di Melaka meningkat RM79.27 juta tahun lepas

Bernama
Bernama
28/01/2025
15:45 MYT
Kerugian jenayah komersial di Melaka meningkat RM79.27 juta tahun lepas
Md Nazri semasa sidang media selepas melancarkan Op Selamat 23 sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Plaza Tol Ayer Keroh, hari ini. - Gambar Bernama
MELAKA: Nilai kerugian mangsa jenayah komersial di Melaka meningkat kepada RM79.27 juta pada tahun lepas berbanding RM48.42 juta pada 2023.
Pemangku Ketua Polis Melaka Datuk Md Nazri Zawawi berkata daripada jumlah itu kes penipuan penyumbang terbesar kerugian dialami mangsa membabitkan RM73.37 juta selain kes pecah amanah (RM4.99 juta).
"Sepanjang tahun lepas juga, 1,179 tangkapan berjaya dilakukan melibatkan jenayah komersial berbanding 1,110 tangkapan pada 2023," katanya kepada pemberita selepas Majlis Aspresiasi Polis Diraja Malaysia 2024 dan Lafaz Ikrar serta Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka Januari 2025 di sini hari ini.
Bagi jenayah narkotik pula, beliau berkata nilai rampasan dadah yang berjaya dilakukan sepanjang tahun lepas sebanyak RM14.99 juta dengan jumlah tangkapan 6,455 orang berbanding masing-masing RM15.67 juta dan 5,367 orang pada 2023
Selain itu, Md Nazri berkata sebanyak 23,299 kes kemalangan jalan raya direkodkan di negeri itu dengan 144,482 saman dikeluarkan pada tahun lepas berbanding masing-masing 21,790 kes dan 134,946 saman pada tahun sebelumnya.
Sementara itu, beliau berkata 42 kes siasatan tatatertib dibuka melibatkan kes salah laku pegawai polis dan pegawai awam jabatan itu manakala 56 kertas enkuiri polis melibatkan kedua-dua kategori pegawai berkenaan dibuka oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sepanjang tahun lepas.
"Pada tempoh yang sama, 41 warga PDRM Melaka terdiri daripada pegawai kanan dan rendah polis serta pegawai awam daripada semua jabatan dianugerahkan sijil penghargaan atas kecemerlangan tugas dipamerkan.
"Selain itu, lima pegawai rendah polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dan IPD Jasin turut menerima surat penghargaan tolak rasuah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#SPRM
#jenayah komersial
#pecah amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan