PUTRAJAYA:Kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memerlukan banyak kerjasama dan koordinasi negara-negara luar, bagi mendapatkan semula aset, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.
Beliau berkata siasatan kes 1MDB ini masih panjang dan belum selesai, kerana ia melibatkan bidang kuasa di luar negara.
“Apa yang boleh saya katakan setakat ini, SPRM sedang berusaha dengan agensi-agensi lain untuk memulangkan kembali wang rakyat, yang telah diselewengkan di luar negara.
“Pihak SPRM sedang bekerjasama dengan pelbagai negara antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom, Switzerland dan Singapura,” katanya, dalam wawancara khas dengan Bernama sempena Ulang Tahun SPRM ke-53 yang akan disambut hari ini (1 Okt).
Azam berkata SPRM ambil langkah kehadapan, dengan membuat pengesanan aset dan mendapatkan semula aset 1MDB.
“Apabila kami menyiasat kes 1MDB, kami bukan sahaja berusaha untuk mendapatkan hukuman paling tinggi terhadap seseorang yang tertuduh, malah berusaha untuk mengembalikan hasil negara,” katanya.
Beliau berkata ia secara tidak langsung, dapat mengurangkan ketirisan negara pada masa akan datang.
“Saya boleh katakan, kes melibatkan 1MDB merupakan antara kes yang paling dikenali dan banyak menarik perhatian, di peringkat antarabangsa.
“Selain itu, kes 1MDB banyak mendatangkan kerugian kepada negara, kerana itu ia menjadi tumpuan SPRM untuk menyelesaikannya, kerana ia melibatkan kerugian yang besar,” katanya.
Azam berkata status kes 1MDB ketika ini, masih diperingkat perbicaraan mahkamah dan beliau enggan mengulas lanjut kes itu, kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan serta perbicaraan.
Pada Julai lepas, Bernama melaporkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan komited untuk meneruskan usaha mendapatkan semula aset-aset lain berkaitan 1MDB dan meneruskan tuntutan terhadap individu dan pihak yang berkaitan, dengan skandal penyelewengan 1MDB.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 30 2020
AZAM: Setakat ini, SPRM sedang berusaha dengan agensi-agensi lain untuk memulangkan kembali wang rakyat, yang telah diselewengkan di luar negara. - Gambar fail
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rasuah ADUN Sabah: SPRM rakam percakapan 15 individu termasuk pemberi maklumat
SPRM telah merakam percakapan 15 individu, termasuk lapan ADUN Sabah dan seorang pemberi maklumat berhubung video dakwaan skandal rasuah.
Dakwaan salah laku: Siasatan libatkan individu kepimpinan tertinggi BAM - Azam Baki
Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan tidak melibatkan seluruh entiti atau organisasi tersebut.
Op Favish: SPRM sudah lengkapkan siasatan babit Vivy, suami - Azam Baki
SPRM sudah melengkapkan siasatan kes membabitkan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.
Kementerian Pertahanan perkukuh tatakelola pengurusan, pertingkat program integriti
Kementerian Pertahanan menekankan aspek peningkatan prosedur dalam tadbir urus, usaha mencegah penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, dan pematuhan kepada arahan kerajaan yang ditetapkan.
SPRM sedang semak, siasat aliran tunai diterima pasangan pengasas FashionValet - Azam Baki
Azam berkata setakat ini pihaknya telah merekodkan keterangan sembilan saksi termasuk pasangan itu bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
'Penjawat awam terlibat rasuah masih tinggi' - Azam Baki
Penjawat awam yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam rasuah mencecah hampir 50 peratus, menunjukkan negara masih bergelut untuk membanteras rasuah.
Op Favish: Siasatan pasangan Vivy, suami dijangka ambil sedikit masa lagi - Azam Baki
Siasatan terhadap pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dijangka mengambil sedikit masa.
Isu FashionValet: 11 beg tangan, seutas jam tangan mewah disita dari kediaman Vivy, Fadza
SPRM menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah yang dianggarkan bernilai RM200,000 dari kediaman pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Isu FashionValet: Vivy, suami dipercayai akan kembali ke SPRM Khamis
Siasatan ke atas pengasas platform e-dagang fesyen, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, mungkin diteruskan pada Khamis.