KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu saksi utama dalam perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tidak dapat hadir memberi keterangan esok kerana cuti sakit selama dua hari.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Ahmad Akram Gharib memaklumkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa saksi yang dinanti-nantikan dalam perbicaraan itu mendapat cuti sakit akibat demam panas, vertigo dan muntah.
"Saya menerima pesanan teks daripada pegawai penyiasat (IO) sekitar 11.56 pagi ini memaklumkan bahawa Tan Sri Zeti yang sebelum ini saya maklumkan akan datang esok, telah memaklumkan melalui peguamnya kepada IO bahawa beliau tidak sihat dan mendapat cuti sakit selama dua hari," kata Ahmad Ikram.
Hakim Sequerah menyatakan beliau perlu melihat sijil sakit itu dan Ahmad Akram berkata beliau akan menyerahkan kepada mahkamah.
TPR juga memberitahu mahkamah seorang lagi saksi yang tinggal dan bekerja di Singapura hanya boleh memberi keterangan pada awal Disember dan pihak pendakwaan telah mengatur supaya saksi pendakwaan ke-42, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dipanggil memberi keterangan esok untuk pemeriksaan balas.
Bulan lepas, pihak pendakwaan berkata, akan memanggil Zeti sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan itu selepas peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengemukakan soalan terhadap saksi pendakwaan ke-39, bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank, Cheah Tek Kuang, 75, mengenai kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low di rumah Zeti.
Mahkamah hari ini juga meneruskan pendengaran penghujahan Muhammad Shafee yang beliau berkata, rakaman audio perbualan yang didakwa antara bekas Perdana Menteri itu dan seorang pemimpin dari Timur Tengah tidak diperoleh secara sah mengikut Seksyen 43 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Bukti yang dipersoalkan berkaitan empat rakaman audio perbualan telefon serta transkrip antara Najib dan beberapa individu terkemuka lain, yang Seksyen 43 terpakai.
"Ini telah menyebabkan Datuk Seri Najib, selain tidak mengetahui identiti individu yang telah membenarkan pemintasan komunikasi yang dimandatkan di bawah Seksyen 43, beliau juga ditinggalkan tanpa sebarang pengetahuan kerana tidak mengetahui kandungan rakaman lain," katanya.
Bagaimanapun, Hakim Sequerah mencelah, mengatakan bahawa pihak pendakwaan masih belum mengemukakan bagaimana rakaman itu diperoleh.
Muhammad Shafee berkata, beliau akan terkejut sekiranya pihak pendakwaan bersedia menyatakan sumbernya secara jelas kerana ia akan mendedahkan negara ini dari segi perisikan cawangan khas dan merakam perbualan individu.
"Individu yang merakam audio itu harus datang ke sini untuk mengenal pasti audio itu... tetapi saya tidak fikir dia akan datang kerana ia akan menjadi pengakuan kerana dia melakukan sesuatu yang tidak betul," hujah Muhammad Shafee.
Ahmad Akram dalam jawapannya berkata, pegawai penyiasat (IO) dari SPRM akan dipanggil pada perbicaraan itu untuk mengenal pasti rakaman audio berkenaan.
Terdahulu, Ahmad Akram memberitahu mahkamah bahawa Timbalan Pendakwa Raya utama, Datuk Seri Gopal Sri Ram mendapat cuti sakit tiga hari berikutan demam dan jangkitan sehubungan itu TPR kanan akan menjawab hujahan Muhammad Shafee mengenai rakaman audio itu pada hari lain.
Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bersambung esok.
Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 23 2022

Saksi utama dalam perbicaraan 1MDB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tidak dapat hadir memberi keterangan esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana cuti sakit selama dua hari akibat demam panas, vertigo dan muntah. - Gambar fail BERNAMA
![AWANI Borneo [06/02/2023] - Keluar Warisan, sokong Hajiji | Kawasan besar terjejas | 'Ghaib' setiap kali operasi AWANI Borneo [06/02/2023] - Keluar Warisan, sokong Hajiji | Kawasan besar terjejas | 'Ghaib' setiap kali operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008248/19199450371675683137635_640x360.jpg)
AWANI Borneo [06/02/2023] - Keluar Warisan, sokong Hajiji | Kawasan besar terjejas | 'Ghaib' setiap kali operasi
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar; 1. Warisan terima tamparan hebat, tiga ADUN isytihar keluar parti, sokong Hajiji 2. Pemotongan peruntukan pembangunan jejas usaha bangunkan kawasan pedalaman - Alexander 3. Pengemis Palauh hilang setiap kali operasi, menteri kata mungkin angkara sindiket Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

KPT galak IPTS laksana program Menu Rahmah
KPT menggalakkan semua institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) melaksanakan Program Menu Rahmah bagi meringankan beban pelajar daripada golongan berpendapatan rendah.

Ordinan Buruh Sabah | Cadangan pindaan terbaharu termasuk cuti bersalin 98 hari
Satu badan bertindak bagi memantau perlaksanaan pindaan terbaharu Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Negeri Sabah akan diwujudkan dalam masa terdekat.

Chap Goh Meh | Perarakan simbol penyatuan kepelbagaian bangsa dan budaya
Teruja dan menyeronokkan. Itu yang diungkapkan peserta dari Sabah dan Brunei, yang pertama kali meraikan sambutan Chap Goh Meh di Lundu, Sarawak pada Ahad.

Sumbing | Pembedahan klef besar-besaran di Hospital Lahad Datu
Program pembedahan klef atau sumbing secara besar besaran iaitu Grand Smile Operation Initiative (GSOI) akan diadakan di Hospital Lahad Datu Sabah bermula esok.

Pendidikan Awal | Sasar 100 peratus anak Sarawak bersedia ke darjah satu
Sarawak terus komited dalam memastikan setiap kanak-kanak di negeri itu mendapat akses pendidikan awal sebelum melangkah ke darjah satu.

Pengangguran | Sabah susun atur pelan elak tenaga kerja berhijrah
Isu pengangguran di negeri Sabah akan terus ditangani secara agresif. Ini bagi mengelakkan lebih ramai tenaga kerja di negeri itu berhijrah seterusnya menyebabkan kekurangan tenaga buruh yang serius.

Peruntukan Dipotong | Sukarkan penyaluran bantuan & urus tadbir kawasan pedalaman
Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berpendapat keputusan mengurangkan peruntukan pembangunan untuk Ahli Parlimen akan menyukarkan penyaluran bantuan dan urus tadbir di kawasan di pedalaman.

Keluar Parti | Tiga ADUN umum keluar Warisan, sokong Hajiji
Tiga ADUN Warisan mengumumkan keluar parti dan memilih untuk berkhidmat sebagai ADUN Bebas dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Banjir: 6 PPS dibuka di Pahang, mangsa di Johor menurun, Sabah pulih
Situasi banjir pada petang ini menyaksikan Pahang kembali terjejas manakala Johor menunjukkan perkembangan positif dan keadaan di Sabah pulih sepenuhnya.

Bekas pegawai bank ada berbincang dengan Jho Low pasal akaun Najib
Joanna Yu Ging Ping berhubung dengan Jho Low menerusi BlackBerry Messenger (BBM) pada pukul 11.46 malam, 4 Dis 2014.

Kes 1MDB: Ashok cadang tutup akaun Najib sebab tidak selesa - Saksi
Saksi memberitahu mahkamah bahawa cadangan untuk menutup akaun bank Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat oleh bekas pengarah urusan kumpulan bank, R Ashok.

Suasana sayu semasa prosiding 1MDB susulan kematian Gopal Sri Ram
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib sifatkan mendiang Gopal Sri Ram ibarat bapa.

Perbicaraan 1MDB ditangguhkan susulan kematian Gopal Sri Ram
Ini bagi membolehkan mereka memberi penghormatan terakhir dan menghadiri upacara pengebumian mendiang yang akan berlangsung pada Selasa.

Gopal Sri Ram meninggal dunia
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu negara hari ini.

Ya, saya gagal kendali akaun Najib, kata bekas pegawai bank
Joanna Yu Ging Ping mengaku tidak mendapatkan kebenaran bertulis sebelum berurusan dengan Jho Low.

Kereta mewah, wang RM22,600 milik bekas peguam 1MDB dilucut hak kepada kerajaan
Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak ketiga iaitu OCBC Bank (M) Bhd untuk menuntut sebuah kondominium di Mont Kiara yang disita daripada Loo.

Kes pinda laporan audit 1MDB: Keputusan Najib, Arul Kanda bebas atau bela diri pada 3 Mac
Mahkamah Tinggi menetapkan 3 Mac untuk keputusan sama ada Najib dan Arul Kanda dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

1MDB: Roger Ng lepas tanpa bebas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs
Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng, daripada empat pertuduhan bersubahat dengan syarikat itu.

Kes SRC: Najib fail petisyen kepada PBB, mohon bebas atau dibicara semula
UNWGAD akan meneliti rayuan sama ada perbicaraan melibatkan Najib dijalankan secara adil atau sebaliknya.