MALAYSIA
Kes amang seksual pelakon, penyanyi: “Itu kali pertama mereka berjumpa” - KP Selangor

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kertas siasatan sudah hampir lengkap dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI.
SHAH ALAM: Kertas siasatan melibatkan seorang pelakon dan penyanyi yang didakwa melakukan amang seksual terhadap pelajar perempuan hampir lengkap.
Ringkasan AI
- Seorang pelakon dan penyanyi terkenal disiasat kerana didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.
- Suspek telah ditahan, diambil keterangan, direman, dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis; siasatan mendapati mereka baru pertama kali berjumpa secara fizikal.
- Kertas siasatan hampir lengkap dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Menurut Hussein, kertas siasatan hampir lengkap dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya
“Suspek telah ditangkap dan kita telah ambil percakapan dia. Dia telah direman dan dibebaskan dengan jaminan polis. Kertas siasatan sudah hampir lengkap dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” katanya.
Media sebelum ini melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan Selasa lepas bagi membantu siasatan berkaitan kes amang seksual melibatkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.
Pelakon dan penyanyi berkenaan yang ditahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Dia bagaimanapun dibebaskan pada hari sama dengan jaminan polis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami