Kes baharu kekal satu digit: Ini lima tumpuan kenyataan media COVID-19

Ikuti lima tumpuan dalam kenyataan media mengenai COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

NOOR HISHAM: Empat kes dilaporkan pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,949 kes. - Gambar fail | Astro Awani
KUALA LUMPUR:KES baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini kekal pada satu digit. 

Ini lima tumpuan dalam kenyataan media mengenai COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah: 

1) Lapan kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,257 kes.

2) Tiga kes baharu adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan seorang warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara. Lima kes lagi adalah penularan dalam negara melibatkan warganegara Malaysia daripada Kluster Tawar di Kedah.

3) Empat kes dilaporkan pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,949 kes

4) Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes.

5) Lapan kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan.