KUALA LUMPUR:Kes baharu COVID-19 di Malaysia hari ini masih kekal tiga digit. 

Ini lima tumpuan sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah: 

1. Sehingga 12 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 919 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 43,791 kes.

2. Daripada 919 kes baharu pada hari ini, tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

3. Dengan 996 kes pulih COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 32,069 kes (73.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

4. Terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 303 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

5. Tiga kluster diisytiharkan tamat pada hari ini iaitu Kluster Pulau, Kluster Bah Rose, dan Kluster Bah Ketil. Pada masa sama, satu kluster baharu dikesan iaitu Kluster Teluk di Kota Kinabalu, Sabah.