awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes buli MRSM: 4 lagi ditahan, 6 pelajar dibebaskan

Bernama
Bernama
11/12/2021
11:20 MYT
Kes buli MRSM: 4 lagi ditahan, 6 pelajar dibebaskan
Tindakan beberapa remaja menumbuk dan menendang seorang pelajar lain, tular dalam media sosial sehingga menerima kecaman orang ramai. - Gambar/ Media sosial
IPOH: Polis menahan empat lagi pelajar bagi membantu siasatan kes buli didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, seperti yang tular dalam media sosial semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata seorang pelajar berusia 15 tahun dan tiga orang berusia 13 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar hari ini.
Katanya, ia menjadikan keseluruhan tangkapan seramai 10 orang setakat ini selepas enam pelajar ditahan semalam.
"Enam daripadanya dibebaskan petang ini manakala empat lagi akan dibebaskan esok selepas siasatan selesai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Kes Buli | MRSM gantung enam pelajar serta merta
BACA: Dakwaan buli: Dua lagi pelajar ditahan
BACA: Kes buli: Enam pelajar MRSM digantung serta-merta selama dua minggu - Mahdzir
Tindakan beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai, tular dalam media sosial menerusi beberapa video berdurasi 13 hingga 30 saat, sehingga menerima kecaman orang ramai.
Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1 hingga 2 pagi pada 9 Dis melibatkan seorang mangsa yang juga berusia 13 tahun.
Susulan itu, pihak polis memanggil kesemua pelajar yang terlibat dan pemilik akaun media sosial yang menularkan video berkenaan bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes buli mrsm
#viral
#polis tahan pelajar
#siasatan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan