awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kinabatangan
Mahir menyanyi lagu Hindi, PM Anwar kini 'viral' di India, kata Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes buli UPNM: Mindef siasat, kenal pasti pelaku, KPT pandang serius - Zambry

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/11/2024
06:50 MYT
Kes buli UPNM: Mindef siasat, kenal pasti pelaku, KPT pandang serius - Zambry
Zambry menegaskan perbuatan buli tidak boleh dibiarkan terus berlaku di semua peringkat institusi pendidikan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti pelaku yang didakwa membuli seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, siasatan berhubung kes itu berada di bawah kuasa kementerian berkenaan memandangkan mangsa merupakan penuntut Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Begitu pun, beliau menegaskan perbuatan buli tidak boleh dibiarkan terus berlaku di semua peringkat institusi pendidikan.
“Kita kena faham dalam konteks UPNM… dia ada dua institusi iaitu pertama, UPNM dan kedua, ALK.
“Yang berlaku ini adalah di akademi (ALK) itu sendiri. Namun kita tidak boleh melepaskan (perkara sedemikian).
“Seperti mana disebut oleh Perdana Menteri, apa sahaja, institusi mana sekali pun, dalam konteks hari ini dalam akademi tentera… semua itu kita kena beri perhatian serius kerana perbuatan buli yang melampau tidak boleh kita benarkan sama sekali,” katanya.
ALK berperanan sebagai satu sel daripada organisasi besar UPNM, yang antara lain bertanggungjawab untuk melatih Pegawai Kadet dalam bidang ketenteraan dan secara strategiknya mengekalkan hubungan dengan pemegang taruh iaitu Mindef.
Mengulas lanjut, Zambry menjelaskan lagi, kedua-dua institusi itu bertanggungjawab ke atas pelajar bagi tempoh yang berbeza.
Katanya, pelajar berada di bawah tanggungjawab UPNM ketika mengikuti kuliah bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, manakala waktu selebihnya di bawah bidang kuasa ALK.
"Ia agak unik sikit dalam konteks UPNM ini kerana mereka datang ke sini, sebahagian daripadanya akan menjalani latihan pegawai kadet dan mereka diletakkan di bawah ALK. Sebelah pagi, mereka pergi ke kuliah," ujar beliau.
Zambry berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Solat Jumaat di Masjid UPNM di Sungai Besi, di sini, hari ini.
Semalam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam kes seorang pegawai kadet, dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior.
Topic Berkaitan
#UPNM
#kes buli
#KPT
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan