Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menetapkan 20 April tahun depan untuk mendengar permohonan semakan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri terhadap sabitan dan hukuman mati ke atasnya kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Azniza Mohd Ali menetapkan tarikh itu selepas pengurusan kes di hadapannya di dalam kamar.
Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun dan Tengku Intan Suraya Tengku Ismail memberitahu media mahkamah memberi masa kepada kedua-dua pihak untuk memfailkan afidavit dan afidavit balasan kepada permohonan itu sebelum pendengaran pada 20 April.
Norinna berkata pemohon (Azilah) memfailkan permohonan minggu lepas bersekali dengan afidavit yang mengandungi Akuan Berkanun (SD) untuk menyokong permohonannya.
Beliau berkata pendakwaan akan meneliti afidavit dan SD itu sebelum menjawab afidavit pemohon.
BACA: Kes bunuh Altantuya: Teks penuh akuan bersumpah Azilah Hadri
BACA: Arah Azilah bunuh Altantuya, ini reaksi Najib Razak
BACA: "Kehidupan hancur selepas kematian Altantuya" - Bapa
Peguam J. Kuldeep Kumar, yang mewakili Azilah, mengesahkan anak guamnya memfailkan permohonan itu minggu lepas di bawah Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 bersekali dengan SD.
Media Malaysia hari ini menyiarkan berita di muka depan bahawa Azilah dalam SD itu, mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya dikeluarkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang ketika kejadian merupakan timbalan perdana menteri.
Beliau berkata anak guamnya memohon untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati yang dijatuhi Mahkamah Persekutuan pada 13 Jan 2015 dan suatu perintah bagi perbicaraan semula.
BACA: 'My father is not a murderer' - anak perempuan Najib Razak
BACA: Kes bunuh Altantuya: Surat akuan bersumpah Azilah cukup untuk polis buka siasatan
Azilah, 43, yang sedang menunggu hukuman mati di Penjara Kajang, memfailkan permohonan pada 5 Dis, tahun ini yang mengandungi SD setebal 32 muka surat.
Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili Najib, memberitahu media anak guamnya telah mengarahkan beliau supaya memfailkan permohonan untuk mencelah dalam permohonan semakan itu.
Peguam itu berkata Najib menafikan sekeras-kerasnya segala perkara yang didakwa (oleh Azilah) itu.
Sementara itu, peguam Sangeet Kaur Deo, turut memberitahu media beliau akan memohon kepada mahkamah untuk menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya dalam permohonan itu.
Pada 13 Jan 2015, Mahkamah Persekutuan menolak pembebasan Azilah dan seorang lagi anggota UTK berhubung pembunuhan Altantuya, dan menjatuhi hukuman mati mandatori.
Mahkamah itu turut mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Azilah dan Sirul Azhar Umar kerana membunuh Altantuya serta mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mendapati mereka bersalah dan menjatuhi hukuman mati terhadap mereka berdua.
Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel hakim pada masa itu, turut mengeluarkan waran tangkap ke atas Sirul Azhar, kerana tidak hadir di mahkamah.
Sirul Azhar, 47, berada di dalam sebuah pusat tahanan di Australia sejak beberapa tahun lepas setelah dia melarikan diri ke negara itu pada 2014 semasa dalam jaminan.
Azilah dan Sirul Azhar didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam pada 19 Okt dan 1 pagi hari berikutnya pada 2006.
Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013, membenarkan rayuan yang dikemukakan kedua-dua anggota polis komando itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah kerana membunuh wanita itu dan menjatuhi hukuman mati terhadap mereka.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 55, yang didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008, selepas membuat keputusan bahawa pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
Pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 17 2019
Azilah, 43, yang sedang menunggu hukuman mati di Penjara Kajang, memfailkan permohonan pada 5 Dis, tahun ini yang mengandungi SD setebal 32 muka surat. - Gambar fail/BERNAMA
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
PRN: Kesemua 19 calon MUDA telah isytihar semua aset
Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pengisytiharan aset itu dilaksanakan secara telus dan calon-calon yang mengisytiharkan aset turut terikat dengan SD yang telah ditandatangani.
Cubaan Ahli Parlimen kumpul akuan bersumpah untuk dapat jawatan jelek - Fahmi Fadzil
Sebagai negara yang mengamalkan prinsip Raja Berpelembagaan, PKR percaya bahawa dakwaan 'restu' ini adalah tidak benar sama sekali.
Kes SD liwat: Polis panggil individu beri keterangan - Ketua Polis Negara
Satu kertas siasatan dibuka dan disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah untuk memastikan pendedahan yang dibuat dalam bentuk akuan berkanun (SD) itu adalah tulen.
Baru Bian tandatangani SD sokong Tun M, PH kini punyai 114 undi
Pakatan Harapan kini mendakwa mempunyai 114 undi menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri kelapan.
Sidang Dewan Rakyat khas 2 Mac untuk pilih PM baharu - Dr Mahathir
Perdana menteri interim itu berkata sekiranya persidangan khas itu gagal mencapai keputusan, pilihan raya mengejut akan diadakan.
Dewan Negara lulus usul Ahli Parlimen isytihar harta
Diluluskan menerusi undi belah bahagian, selepas mendapat sokongan 34 daripada 57 Ahli Dewan Negara yang mengundi.