awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh, bakar empat sekeluarga: Mahkamah Tinggi ketepi pembebasan lelaki OKU

Bernama
Bernama
02/09/2024
11:20 MYT
Kes bunuh, bakar empat sekeluarga: Mahkamah Tinggi ketepi pembebasan lelaki OKU
Kang Chang Heng, 45, diarahkan membela diri atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Tinggi. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan perintah pembebasan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (pendengaran dan pertuturan) daripada tuduhan bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Kuala Langat pada tahun 2017.
Sehubungan itu Kang Chang Heng, 45, diarahkan membela diri atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Tinggi.
Dia juga diarah membela diri terhadap pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang kanak-kanak berumur 11 tahun yang merupakan cucu kepada pasangan yang maut dalam kes berkenaan.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Wong Kian Kheong turut membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membebaskan Kang daripada pertuduhan tersebut.
Ketika menyampaikan keputusan itu, Che Mohd Ruzima berkata pendakwaan telah berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap Kang, dan lelaki itu perlu membela diri untuk menjelaskan bagaimana dia mendapat kecederaan melecur dalam kejadian itu.
Beliau berkata keterangan yang diperoleh daripada kanak-kanak yang menjadi saksi, dan beberapa bukti sokongan menunjukkan rayuan pendakwaan mempunyai merit.
Dalam penghakimannya Che Mohd Ruzima berkata Hakim Mahkamah Tinggi telah tersilap dalam membuat keputusan dengan menolak sepenuhnya keterangan saksi itu dan berpendapat keterangan saksi tidak boleh dinafikan hanya kerana dia di bawah umur.
Beliau seterusnya mengarahkan Kang direman sehingga perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam selesai dan menetapkan 11 Sept sebagai tarikh pengurusan kes.
Seorang jurubahasa isyarat turut hadir di mahkamah hari ini semasa prosiding berlangsung.
Pada 19 Okt 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebas dan melepaskan Kang daripada semua tuduhan tanpa perlu membela diri daripada semua pertuduhan.
Mengikut pertuduhan, Kang dituduh membunuh Chia Tee Nang, 73, isterinya Lim Mai Shak, 68, dan dua cucu lelaki mereka Chia Yuan Bin, 3 dan Ryan Chia Zeng Xi, 9, disebuah rumah di Tanjung Sepat, di Kuala Langat, Selangor antara pukul 4 dan 5 pagi pada 13 Dis 2017.
Kang turut dituduh menyebabkan kecederaan ke atas Andrew Chia Zeng Haol yang berusia 11 tahun, yang terselamat daripada kebakaran dicetuskan Kang pada masa dan tempat yang sama.
Kang, pekerja kilang perabot ditahan pada 15 Dis 2017, dipercayai adalah teman lelaki kepada anak perempuan bongsu pasangan suami isteri yang terkorban, yang juga OKU pendengaran dan pertuturan.
Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir mewakili pihak pendakwaan manakala peguam Lim Chin Huat mewakili Kang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh keluarga
#keputusan mahkamah
#lelaki OKU
#tanjung sepat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan