SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pendakwaan gagal mengemukakan hujah atau bukti yang mengaitkan kesemua tertuduh iaitu Samirah Muzaffar dan dua remaja dengan pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan.
Peguam Rahmat Hazlan berkata semua hujah dan bukti yang dikemukakan oleh pendakwaan telah berjaya dikucar-kacirkan oleh pembelaan.
"Kami telah mendedahkan bahawa saksi pendakwaan tidak boleh dipercayai, keterangan mereka tidak konsisten dan berat sebelah. Selepas 57 saksi dipanggil dan lebih tiga tahun perbicaraan, pembelaan berhujah bahawa satu kes prima facie tidak dapat dibuktikan terhadap kesemua tertuduh baik secara individu mahupun secara bersama," katanya di akhir kes pendakwaan di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.
Balu Nazrin, Samirah, 47, dan dua remaja, kini berumur 19 dan 16 tahun, serta seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, didakwa membunuh lelaki itu di rumah mangsa di Mutiara Damansara di antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi keesokkan harinya.
Rahmat berhujah pembelaan juga berjaya menunjukkan bukti yang tidak dapat dipertikai bahawa kesemua tertuduh dan si mati mempunyai hubungan baik dan ini boleh dilihat daripada acara 'buka puasa' keluarga itu pada 13 Jun 2018.
"Samirah dan si mati turut membeli-belah untuk Hari Raya pada 11 dan 13 Jun 2018 seperti pasangan suami isteri lain," katanya.
Beliau berkata ketika tragedi itu berlaku pada 14 Jun 2018, pihak berkuasa telah membersihkan insiden itu daripada sebarang perbuatan jenayah, begitu juga dengan unit K-9 dan rumah serta bilik tersebut itu dikembalikan kepada Samirah pada hari sama.
Seorang ahli patologi kanan Dr Siew Sheue Feng, yang juga saksi pendakwaan ke-46 dan sepasukan doktor yang diketuainya mendapati kecederaan yang dialami mangsa adalah disebabkan oleh letupan manakala seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengesahkan bahawa sememangnya terdapat letupan telefon bimbit. Tanpa sebarang syak wasangka, polis telah mengklasifikasikan tragedi itu sebagai 'Kematian Mengejut.'
"Bagaimanapun, Pegawai Sains JPBM Aznor Sheda Shamsuddin (SP14) membuat keputusan sendirian dalam laporan makmalnya yang tidak bertauliah menggunakan kaedah pilihannya yang tersasar tanpa mematuhi mana-mana prosedur operasi standard dengan penemuan petrol dalam tiga sampel yang didakwa diambil dari bilik itu," katanya.
Rahmat berkata penemuan petrol oleh SP14 tanpa semakan balas oleh mana-mana ahli kimia lain dari Jabatan Kimia merupakan titik tolak kes itu diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh namun ia dibuat secara salah dan cuai.
"Jika ada petrol, sudah tentu dua anjing unit K-9 unit telah menghidunya, Jabatan Kimia juga akan menemuinya dalam beberapa sampel yang telah dihantar dan lima doktor di Hospital Kuala Lumpur akan mencium baunya semasa melakukan bedah siasat pada hari sama.
"SP46 berulang kali memberi keterangan bahawa hanya insiden letupan boleh menjelaskan semua kecederaan yang dialami. Ahli patologi kedua Dr Prashant Naresh Samberkar (SP50) hanya boleh memberikan penjelasan mengenai beberapa kecederaan di mayat yang sudah reput dan keterangan beliau sarat dengan dapatan tidak logik serta berat sebelah," katanya.
Beliau berkata secara keseluruhan, teori pendakwaan adalah tidak masuk akal.
"Mereka kata tertuduh ingin menghapuskan bukti namun mayat mangsa tidak ditemui di atas tilam yang terbakar. Tidak masuk akal untuk membiarkan mayat di atas lantai jika anda ingin memusnahkan bukti, sepatutnya bakar mayat itu di atas tilam.
"Pendakwaan juga berkata terdapat banyak darah di atas tilam, itu sebab tilam dibakar. Bagaimanapun tiada bukti langsung bahawa terdapat darah di atas tilam," katanya.
Pendakwaan akan mengemukakan hujahnya esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022
Peguam Rahmat Hazlan berkata semua hujah dan bukti yang dikemukakan oleh pendakwaan telah berjaya dikucar-kacirkan oleh pembelaan. - Gambar fail
AWANI Pagi: Perkhidmatan Awam: Gaji naik, produktiviti meningkat?
Susulan pengumuman Perdana Menteri atas kenaikan gaji penjawat awam.
Ramai yang tertanya-tanya adakah ini menjadi satu motivasi kepada produktiviti perkhidmatan yang semakin bertambah baik.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bagi membincangkan topik ini.
Ramai yang tertanya-tanya adakah ini menjadi satu motivasi kepada produktiviti perkhidmatan yang semakin bertambah baik.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bagi membincangkan topik ini.
Penjawat Awam: Gaji naik, pacu perkhidmatan berkualiti kepada rakyat
Pelarasan gaji penjawat awam itu akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion berikutan jumlah kenaikan yang besar dan terbaik dalam sejarah negara. Bagaimana untuk memastikan kenaikan gaji penjawat awam memberi manfaat yang seimbang kepada pengurusan, penyampaian perkhidmatan kerajaan serta ekonomi negara?
ADUN Sungai Bakap stabil, masih di ICU
'YB Abang Zam' masih memerlukan rawatan dan rehat yang cukup serta tidak dibenarkan menerima pelawat buat masa ini.
AWANI Ringkas: Papagomo didakwa hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Bruno Fernandes beri bayangan tinggalkan Manchester United
"Jika saya perlu berfikir untuk tidak terus berada di EPL maka ia tidak akan berlaku sehingga selepas saingan EURO nanti."
Budak autistik ditemukan lemas jatuh Sungai Skudai
Mangsa ditemukan oleh anggota unit PPDA pada jarak 130 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dengan kedalaman empat meter.
WEF: Where will semiconductors land?
Semiconductors are an essential component in the digital age, powering everything from toys and cars, to banking and defense systems. While 90% of today’s chip manufacturing is based in Asia, new industrial policies and export restrictions are attempting to reshape the geographic balance of these supply chains. As new players enter the game, where will the future of semiconductors lead?
EPL: Legenda Liverpool dakwa Salah buat 'perjanjian rahsia' dengan Jurgen Klopp
Souness syak corak perjanjian yang MU gunakan dengan menambah tempoh kontrak setahun kepada Ronaldo turut dilakukan terhadap Salah.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Asyraf Roslan
- Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah
- Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025
- CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia hari ini
#AWANInews #AWANIPagi
- Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah
- Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025
- CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia hari ini
#AWANInews #AWANIPagi
Jalan sekitar Tambun ditutup, dilencong sempena sambutan Hari Bomba Sedunia
Penutupan dan lencongan itu akan bermula jam 6.30 pagi hingga 12 tengah hari pada Khamis hingga Sabtu ini.
'Bukan niat nak penjarakan Samirah tapi...' - Kakak Nazrin
"Kami bukan nak Samirah dipenjarakan atau ke tali gantung, (tetapi) kami dalam keadaan serba salah dan kami sedih kerana adik kami meninggal dunia".
Keputusan rayuan kes bunuh CEO Cradle Fund diketahui 8 Feb 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Feb tahun depan untuk keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund.
Kes bunuh CEO Cradle Fund: Mahkamah Rayuan tangguh keputusan
Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusannya berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund, Nazri Hassan.
Percikan darah pada dinding sepadan DNA CEO Cradle Fund - Pendakwaan
Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa percikan darah pada dinding bilik yang terbakar di mana lokasi mayat Nazrin Hassan ditemukan adalah sepadan dengan asid deoksiribonukleik (DNA) beliau.
Kes bunuh CEO Cradle Fund: Ada seseorang cipta "staged crime scene" - Pendakwaan
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Amril Johari berhujah tidak mungkin tombol itu terkunci dengan sendirinya dari dalam memandangkan kebakaran tidak merebak ke pintu berkenaan.
Tiada bukti Samirah, dua remaja bunuh Nazrin - Peguam
Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa diberitahu bahawa, tiada bukti menunjukkan Samirah Muzaffar dan dua remaja membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan.
Pengurusan kes rayuan pendakwa terhadap Samirah dan dua remaja ditetapkan Isnin depan
Pengurusan kes tersebut pada hari berkenaan akan dijalankan menerusi aplikasi Zoom di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan.
Kes Bunuh CEO Cradle Fund: Dihentak kepala dengan kamera, peguam Samirah belum putus untuk buat laporan polis
Insiden berlaku ketika Samirah yang ditemani peguamnya dibawa ke kamar perbicaraan.
Kes Bunuh CEO Cradle Fund: "Kebenaran pasti akan timbul" - Abang Allahyarham Nazrin
Rayuan itu akan dikemukakan keluarga Allahyarham atas prinsip sesuatu perlu dilakukan atas nama keadilan.
Kes bunuh CEO Cradle Fund: Pendakwaan gagal buktikan waktu kejadian - Shafee
Kegagalan pihak pendakwaan membuktikan waktu sebenar kejadian yang mengakibatkan kematian CEO Cradle Fund Nazrin Hassan, antara faktor Samirah Muzaffar dan dua lagi remaja dilepas dan dibebaskan.