Skip to main content

Malaysia

Kes bunuh penuntut wanita: Polis rakam keterangan rakan serumah

Polis telah memanggil rakan serumah mangsa untuk membantu melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Polis telah memanggil rakan serumah mangsa untuk membantu melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Advertisement

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya di sebuah rumah di Jalan Air Putih, di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata pihaknya telah memanggil rakan serumah mangsa untuk membantu melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

“Mangsa dan suspek sudah kenal antara satu sama lain lebih kurang setahun dengan kejadian dipercayai akibat cemburu, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Sebelum ini, polis dilaporkan menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu daripada teman lelaki mangsa pada 4.32 pagi sebelum penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) yang berusia 19 tahun itu ditemukan terbaring di katil di dalam sebuah bilik sewa di tingkat bawah rumah tersebut.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berumur 19 tahun di lokasi kejadian dan suspek kini direman hingga Isnin depan untuk siasatan lanjut. 

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement