Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 3 Januari depan untuk sebutan semula kes dua remaja lelaki berusia 16 tahun atas pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini, September lepas.
Kedua-dua remaja itu dituduh bersama-sama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas 21 pelajar dan dua guru di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi, 14 Sept lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Prosiding di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin dijalankan secara tertutup kerana kes itu melibatkan tertuduh di bawah umur. Media termasuk anggota keluarga mangsa turut diperintahkan supaya tidak berada di dalam mahkamah semasa prosiding itu.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Othman Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail serta Nurakmal Farhan Aziz manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Joanne Chua Tsu Fae.
Di luar mahkamah Nurakmal Farhan memberitahu pemberita bahawa pihak pendakwaan masih belum menerima laporan penuh termasuk laporan bedah siasat mangsa.
Sementara itu, Norazizan Abdul Razak, 46, bapa kepada Muhammad Taufik Hidayat Norazizan,16, yang maut dalam kebakaran itu, berkata kehilangan anak kedua daripada tiga adik beradik itu masih dirasai oleh seluruh ahli keluarganya.
“Memang rasa lain bila arwah sudah tiada tapi saya akan sentiasa mengikuti perkembangan ini ,” katanya dalam keadaan tenang.
Datin Hartini Abdul Ghani,48, ibu kepada Nik Muhammad Ridzuan Nik Azlan, 12, yang terkorban dalam kejadian tragis itu pula berkata beliau perlu bangkit daripada kesedihan akibat kehilangan anak tersayang.
“Apa yang berlaku ada hikmah untuk saya bangkit daripada kesedihan. Saya perlu buat transformasi dalam masyarakat… sekarang ini bukan masa untuk salahkan sesiapa,” katanya.
--BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2017
Kedua-dua remaja itu dituduh bersama-sama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas 21 pelajar dan dua guru di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah 14 Sept lalu. - Gambar fail
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tentang cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais
Nicholas McGee didapati bersalah atas tuduhan membunuh, merompak, menyembunyikan mayat dan bahan bukti.
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki
Dua bersaudara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh seorang lelaki.
Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar
Suspek direman sehingga 12 Mac depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa.
Empat rakan sekerja didakwa bunuh pekerja kelab malam
Empat rakan sekerja didakwa membunuh seorang pekerja kelab malam di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar
Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen bagi perbicaraan, mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Bekas posmen didakwa bunuh Bella
Lelaki berkenaan didakwa membunuh mangsa yang ketika kejadian berusia 32 tahun.