Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 2 Ogos depan untuk sebutan semula kes tiga anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh seorang tahanan lokap N. Dharmenderan pada 21 Mei lepas.
Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan laporan bedah siasat.
Pada 5 Jun lepas, Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa membunuh Dharmenderan, 32, di pejabat siasatan cawangan khas D9, Tingkat 7, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah di sini antara 12.20 tengah hari dan 2.50 petang.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S. Nithia memaklumkan kepada mahkamah laporan kimia dan laporan asid deoksiribonukleik (DNA), masing-masing telah diperoleh pada 27 Jun dan 3 Julai.
"Laporan kimia itu diserahkan kepada patologi pada 3 Julai dan pihak pendakwaan memerlukan masa sebulan bagi mendapatkan laporan bedah siasat," katanya.
Bagaimanapun peguam Datuk Hazman Ahmad, yang mewakili Jaffri memohon kes itu dipercepatkan kepada dua minggu kerana ia melibatkan penjawat awam dan pihak pendakwaan perlu memberi penekanan dan keutamaan kerana kes berkenaan berprofil tinggi.
Peguam Datuk Baljit Singh mewakili Mohd Nahar dan peguam Ariff Azami Hussein yang bertindak bagi Mohd Haswadi, turut memohon tarikh terdekat atas alasan yang sama.
Bernama
Tue Jul 09 2013
Pengundian awal, apa desas desus?
Keputusan tidak rasmi yang dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook menyaksikan Sock Tao menang dengan majoriti 436 undi.
[TERKINI] Menang undi awal polis, tentera
Keputusan tidak rasmi yang dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook menyaksikan Sock Tao menang dengan majoriti 436 undi.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
AWANI Borneo [11/05/2024] – Persempadanan semula kawasan DUN | Perginya ikon kebanggan Orang Ulu | Peruntukan RM7 juta
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 11 Mei 2024
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula kawasan DUN.
Pemimpin negara beri penghormatan terakhir kepada Mendiang Mutang Tagal.
Peruntukan RM7 juta bagi ubah wajah tamu desa di Sabah.
#AWANIBorneo 11 Mei 2024
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula kawasan DUN.
Pemimpin negara beri penghormatan terakhir kepada Mendiang Mutang Tagal.
Peruntukan RM7 juta bagi ubah wajah tamu desa di Sabah.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi menaik taraf 38 tapak tamu desa yang telah dikenal pasti di seluruh Sabah
KKDW peruntuk RM290 juta setahun untuk luar bandar Sabah
Peruntukan RM290 juta KKDW untuk kemudahan luar bandar Sabah adalah peruntukan tahunan kementerian itu bagi membantu penduiduk negeri itu.
Saya kehilangan sahabat baik - TPM Fadillah
Menyifatkan mendiang sebagai sahabat baik sejak sekian lama, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Mutang adalah pemimpin Sarawak yang banyak memberi sumbangan sepanjang bergelar Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990 dan banyak menyatukan Orang Ulu
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang miliki prinsip ke arah reformasi Parlimen - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian Yang Dipertua Dewan Negara mendiang Senator Datuk Mutang Tagal .
Empat polis bebas tuduhan bunuh tahanan lokap
Mahkamah Tinggi hari ini melepaskan dan membebaskan empat anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor daripada pertuduhan membunuh tahanan lokap, N. Dharmenderan, pada Mei tahun lepas.
Kes bunuh tahanan lokap disebut semula 2 Ogos
Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 2 Ogos depan untuk sebutan semula kes tiga anggota polis yang didakwa membunuh seorang tahanan lokap.