JOHOR BAHRU: Kes pencerobohan e-mel perniagaan (BEC) terhadap individu atau syarikat di Johor mencatatkan kerugian sebanyak RM802,890 sejak 1 Jan hingga Rabu lepas.
Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor ACP Amran Md Jusin berkata jumlah kerugian itu menunjukkan trend pengurangan berbanding kerugian bernilai RM3.43 juta yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lepas.
"Modus operandi digunakan sindiket ini adalah dengan menghantar e-mel menyerupai e-mel sebenar rakan niaga mangsa atau syarikat dan mengarahkan mereka membuat bayaran ke akaun bank lain dan bukan akaun bank biasa yang digunakan rakan niaga berkenaan.
"Sehubungan itu, orang ramai khususnya peniaga dan pemilik syarikat yang berkomunikasi dengan rakan niaga melalui e-mel diminta untuk lebih berhati-hati apabila menerima e-mel sedemikian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau berkata kes penipuan dengan menyamar sebagai rakan atau individu tertentu melalui aplikasi Telegram untuk meminjam wang di negeri ini merekodkan jumlah kerugian sebanyak RM259,450 sejak 1 Jan hingga Rabu lepas.
Amran berkata jumlah kerugian melibatkan 39 kes itu juga menyaksikan trend pengurangan berbanding jumlah kerugian sebanyak RM462,368 dengan 75 kes yang direkodkan dalam tempoh sama, tahun lepas.
"Modus operandi sindiket penyamaran ini pula adalah dengan menggodam akaun Telegram mangsa, seterusnya menghubungi senarai rakan dengan menggunakan gambar profil mangsa dan meminta bantuan wang.
"Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, orang ramai dinasihatkan untuk mengaktifkan penetapan pin keselamatan 'two step verification' akaun Telegram kerana melalui tetapan ini tahap keselamatan akaun Telegram dapat dipertingkatkan sekali gus mengelakkan penjenayah mengaktifkan akaun tersebut menggunakan peranti lain," katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan untuk berhubung dengan CCID Scam Response Centre menerusi talian 03-26101559 atau 03-26101599 bagi mendapatkan maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 30 2022
Kes pencerobohan e-mel perniagaan (BEC) terhadap individu atau syarikat di Johor mencatatkan kerugian sebanyak RM802,890 sejak 1 Jan hingga Rabu lepas. - Gambar hiasan
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: IHPR meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024 berbanding 0.3 peratus pada Februari 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
Niaga AWANI: Nestle Malaysia naikkan harga 22 produknya mulai 1 Julai 2024 hingga 6 peratus
Nestle (Malaysia) Bhd dijadual menaikkan harga bagi 22 produknya mulai 1 Julai, menurut Gabungan Persatuan Peniaga Barangan Pelbagai Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MyIPO mempelopori projek Agriculture 4.0
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mengumumkan bahawa MyIPO telah dipilih oleh World Intellectural Property Organisation (WIPO) sebagai salah satu negara di Asian Tenggara (ASEAN) untuk mempelopori projek Agriculture 4.0.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
Kes ceroboh e-mel perniagaan di Johor catat kerugian lebih RM800,000
Kes pencerobohan e-mel perniagaan (BEC) terhadap individu atau syarikat di Johor mencatatkan kerugian sebanyak RM802,890 sejak 1 Jan hingga Rabu lepas.