awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes COVID-19 di Terengganu melonjak, penggunaan ICU meningkat

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
12/11/2021
09:00 MYT
Kes COVID-19 di Terengganu melonjak, penggunaan ICU meningkat
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengesan lonjakan kes COVID-19 dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini. - Gambar hiasan/ Facebook @Noor Hisham Abdullah
KUALA TERENGGANU: Penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) COVID-19 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kini sudah mencecah 84 peratus susulan peningkatan kes yang berlaku di negeri itu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong, berkata pihaknya mengesan lonjakan kes COVID-19 dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.
Menurut Dr Kasemani, keadaan lebih membimbangkan apabila berlakunya kenaikan pesakit COVID-19 kategori lima yang memerlukan rawatan rapi.
Pertambahan jumlah tersebut berlaku selepas Terengganu beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan aktiviti rentas negeri dibenarkan.
"Kita ada repurpose beberapa wad... kita kita tukar menjadi ICU (hibrid), jadi sekarang katil kita (ICU) di Terengganu ada 33.
"Negeri Terengganu ada peningkatan kemasukan ke wad (membabitkan pesakit COVID-19) sejak dua minggu lalu. Jadi sebenarnya kemasukan ke wad ini juga menunjukkan peningkatan kemasukan ke ICU.
"Buat masa sekarang kami di Terengganu ada (sudah mencapai) 84 peratus penggunaan ICU," katanya selepas merasmikan majlis penyerahan ICU hibrid di HSNZ di sini, hari ini.
Dr Kasemani berkata, ICU hibrid yang dibangunkan dengan kos RM3.2 juta yang akan beroperasi minggu depan akan dapat menampung jumlah pesakit COVID-19 di negeri itu.
Terengganu mencatatkan sebanyak 223 kes baharu COVID-19 pada 11 November menjadikan jumlah keseluruhannya 72,122 kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#terengganu
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan