awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes COVID-19 naik mendadak, Tuaran kini zon merah - Joachim

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
16/05/2023
08:39 MYT
Kes COVID-19 naik mendadak, Tuaran kini zon merah - Joachim
Joachim berkata, Tuaran merupakan satu-satunya daerah yang mencatatkan kes tertinggi ketika ini dan menyebabkan daerah itu dikategorikan sebagai zon merah dengan jumlah positif melebihi 40 kes. - Fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Daerah Tuaran di Sabah kini dikategorikan sebagai zon merah COVID-19 susulan peningkatan mendadak kes positif sepanjang minggu lalu.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, daerah itu mencatatkan 26 kes baharu sepanjang minggu lalu, berbanding 18 kes pada minggu sebelumnya.
Justeru Joachim berkata, Tuaran merupakan satu-satunya daerah yang mencatatkan kes tertinggi ketika ini dan menyebabkan daerah itu dikategorikan sebagai zon merah dengan jumlah positif melebihi 40 kes.
"Analisis kes COVID-19 bagi Minggu Epid (ME) 19/2023 (minggu lalu) hanya tiga daerah yang mencatatkan penurunan kes mingguan iaitu Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau.
"Manakala 16 daerah yang lain tidak mencatatkan sebarang kes bagi minggu ini. Ini melibatkan daerah Putatan, Ranau, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sipitang, Tambunan, Tenom, Nabawan, Tongod, Semporna, Kalabakan, Telupid, Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau.
"11 lagi daerah yang mencatatkan peningkatan jumlah kes pada Minggu Epid ke 19 berbanding Minggu Epid ke 18 iaitu Tuaran, Sandakan, Kota Kinabalu, Kuala Penyu, Papar, Penampang, Beluran, Kota Belud, Beaufort, Keningau dan Kunak. Bagaimanapun, tiada kes kematian dilaporkan di seluruh negeri bagi Minggu Epid ke 19," katanya dalam kenyataan media perkembangan mingguan COVID-19 semalam.
Secara keseluruhannya, Joachim berkata, bilangan kes baharu pada ME 19/2023 meningkat sebanyak 68 peratus iaitu daripada 38 kes kepada 64 kes.
Manakala bilangan kes tempatan meningkat sebanyak 68 peratus iaitu daripada 38 kes kepada 64 kes.
"Purata kes aktif setiap hari bagi ME 19/2023 meningkat sebanyak 40 peratus iaitu lima (5) kes kepada tujuh (7) kes.
"Bilangan pesakit COVID-19 dalam rawatan juga meningkat sebanyak 6 peratus iaitu daripada 156 kes kepada 166 kes pada minggu ini," jelasnya.
Dalam kenyataan sama, beliau turut mengingatkan orang ramai agar terus mengamalkan langkah pencegahan khususnya dalam pemakaian pelitup muka di kawasan ramai orang berikutan situasi semasa kes COVID-19 yang meningkat.
Topic Berkaitan
#Tuaran
#COVID-19
#zon merah
#Joachim Gunsalam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan