KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan satu kes COVID-19 varian UK B.1.1.7 telah dikesan di Malaysia.
Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan di laman Facebooknya sebentar tadi.
Menurutnya, kes tersebut dikesan menerusi seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada bulan Disember 2020.
"Pengembara tersebut didapati positif pada 28 Disember 2020 dan telah diasingkan untuk rawatan lanjut.
"Sejak Oktober 2020, KKM telah melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara-negara yang telah melaporkan kes mutasi varian UK B.1.1.7 ini termasuk United Kingdom, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India.
"Sebanyak 968 sampel telah diuji sejak Oktober 2020 dan telah melakukan genome sequencing bagi mengesan jenis mutasi UK B.1.1.7 ini kepada 24 sampel," jelas Dr Noor Hisham.
Katanya, setakat 11 Januari 2021, tiada penularan dalam negara telah dikesan berkaitan virus mutasi UK B.1.1.7 tersebut.
"KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan CPRC Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi UK B.1.1.7 ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.
"Walaupun mutasi UK B.1.1.7 ini tidak didapati menyebabkan simptom yang teruk, namun, ia boleh menular dengan mudah dan cepat.
"Orang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa," katanya lagi.
Astro Awani
Mon Jan 11 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan satu kes COVID-19 varian UK B.1.1.7 telah dikesan di Malaysia.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
COVID-19: Dua dos vaksin berkesan melawan varian India - Kesihatan Awam UK
Data tersebut merupakan satu kejayaan yang diharap mendorong kerajaan untuk memansuhkan lebih banyak sekatan COVID-19 bulan depan.
Varian COVID-19 UK lebih berbahaya - Kajian
Varian dikenali sebagai B.1.1.7 atau VOC-202012/01 itu sangat mudah merebak, malah mungkin lebih berbahaya.
COVID-19: Auckland jalani perintah berkurung kedua bulan ini
Langkah berkenaan diambil susulan satu kes baharu dikesan yang didapati telah dijangkiti selama seminggu namun tidak menjalani kuarantin.
Satu lagi kes varian B.117 dikesan libatkan rakyat Malaysia - KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata varian dikesan selepas kes pertama yang dilaporkan pada 9 Januari lalu.
Kes COVID-19 varian UK dikesan di Malaysia - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan satu kes COVID-19 varian UK B.1.1.7 telah dikesan di Malaysia.