SIBU: Masyarakat di daerah Sibu diminta agar tidak membuat spekulasi mengenai tindakan bakal diambil ke atas dua flat kediaman di Sibu Jaya, iaitu Flat H dan Flat I apabila mencatat jumlah kes positif COVID-19 yang tinggi pada Isnin.
Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dr Annuar Rapaee berkata pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu Charles Siaw telah diminta mengadakan mesyuarat pada Selasa bagi membincangkan tindakan perlu diambil berkaitan peningkatan kes berkenaan.
"Kami akan bermesyuarat dan mengesyorkan apa akan dilakukan kepada penduduk di kedua-dua flat itu yang mencatat jumlah kes tinggi," katanya semasa siaran langsung Penjelasan Terperinci Kes Positif Harian di Sibu melalui laman Facebook beliau.
Sebanyak lima flat yang masih diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sibu Jaya mencatat sebanyak 107 kes positif COVID-19, dengan Flat H dan Flat I masing-masing merekodkan 42 dan 58 kes positif.
Flat C mencatat empat kes positif, Flat N (dua kes) dan Flat R (satu kes) manakala Flat G dan Flat M yang telah ditamatkan daripada PKPD baru-baru ini, masing-masing mencatat satu kes positif COVID-19.
Menurut Dr Annuar, kes-kes tersebut dikesan melalui ujian saringan ketiga dilaksanakan tiga hari lepas dan mereka yang positif itu tidak bergejala.
Beliau yang juga penyelaras JPBB Sibu mengulangi nasihat supaya penduduk di kawasan flat terbabit agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelakkan penularan virus itu.
Keseluruhannya daerah Sibu mencatat 149 kes baharu positif COVID-19 yang tidak bergejala, iaitu 133 kes adalah individu disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19, 14 kes adalah lain-lain saringan yang hadir ke pusat kesihatan dan dua kes melibatkan petugas kesihatan.
Mengenai kluster baharu iaitu Kluster Jalan Awang yang mencatat 42 kes semalam, beliau berkata ia melibatkan pusat transit penerimaan Penjara Pusat Sibu.
Pusat transit itu adalah pusat kuarantin bagi tahanan sebelum mereka dipindahkan ke penjara pusat tersebut untuk mengelak banduan dijangkiti COVID-19.
"Terdapat 10 kakitangan di pusat itu dan setengah daripada mereka telah menerima vaksin. Jika bertukar syif, mereka akan dikuarantin di tempat khas selama dua minggu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 08 2021
Dr Annuar berkata Pengerusi JPBB Sibu telah diminta mengadakan mesyuarat pada Selasa bagi membincangkan tindakan perlu diambil berkaitan peningkatan kes berkenaan. - Facebook
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Kes COVID Flat Sibu Jaya: Masyarakat diminta jangan buat spekulasi
Masyarakat di daerah Sibu diminta agar tidak membuat spekulasi mengenai tindakan bakal diambil ke atas dua flat kediaman di Sibu Jaya.