awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes COVID meningkat: Larangan 'dine-in', perniagaan ditutup awal di zon selatan Sarawak

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
20/08/2021
15:20 MYT
Kes COVID meningkat: Larangan 'dine-in', perniagaan ditutup awal di zon selatan Sarawak
Tempoh operasi perniagaan di zon selatan Sarawak juga disingkatkan bermula 5 pagi hingga 8 malam.
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk tidak membenarkan aktiviti 'dine-in' di zon selatan negeri itu susulan peningkatan kes COVID-19.
Menurut laporan harian COVID-19, JPBN Sarawak, tempoh operasi perniagaan di zon tersebut juga disingkatkan bermula 5 pagi hingga 8 malam.
Jelas kenyataan itu lagi, pelaksanaan keputusan itu akan berkuat kuasa mulai 22 Ogos hingga 29 Ogos ini melibatkan beberapa kawasan di zon selatan seperti Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu.
"Selain itu, individu atau berkumpulan tidak dibenarkan berada di kawasan awam selepas jam 10 malam tanpa alasan munasabah.
"Perubahan drastik itu dibuat susulan peningkatan kes COVID-19 di Sarawak hari ini yang mencatatkan 2,548 kes secara harian, tertinggi pernah direkodkan sejak penularan wabak itu di negeri tersebut pada Mac 2020," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Dalam kenyataan sama, JPBN Sarawak turut memaklumkan satu kluster baharu melibatkan komuniti di Long Urun, Belaga.
Setakat ini masih terdapat 118 kluster yang masih aktif di Sarawak, dan 407 kes baharu dikesan daripada 22 kluster berkenaan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sarawak
#dine in
#JPBN Sarawak
#zon selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan