NASIB penyampai radio, Ismahalil Hamzah yang kini berdepan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lalu akan diketahui 27 Februari nanti.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada Ismahalil akan dibebaskan atau dipanggil membela diri terhadap pertuduhan tersebut.
Keputusan itu akan diumumkan oleh Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin selepas selesai mendengar keterangan lima saksi pendakwaan pada perbicaraan bermula Oktober 2022.
Tarikh itu dimaklumkan kepada wakil media oleh peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili Ismahalil selaku tertuduh.
Sekiranya mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa wujud kes prima facie terhadap Ismahalil, maka dia perlu membela diri.
Sebaliknya, jika mahkamah mendapati pidak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie, Ismahalil akan dilepas dan dibebaskan.
Pihak pendakwaan menutup kes pada 9 Januari lalu selepas mendengar keterangan saksi terakhir iaitu pegawai penyiasat yang juga Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Gua Musang, ASP Khairul Hamizi Desa.
Menurut peguam itu, perbicaraan berlangsung pada 19, 20 dan 31 Oktober 2022 dan bersambung pada 3 dan 9 Januari lalu.
Adi Zulkarnain turut memaklumkan, mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis pada atau sebelum 9 Februari ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim manakala peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar turut mewakili Ismahalil.
Mengikut pertuduhan, Ismahalil, 49, didakwa mengedar dadah seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini pukul 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pada 27 Januari 2022, Mahkamah Majistret membenarkan kes Ismahalil dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Kes dadah itu dipindah dan dibicarakan ke Mahkamah Tinggi berikutan hukuman bagi pertuduhan tersebut memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Pada 21 Februari 2022, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis, dua tahun lalu.
Astro Awani
Wed Jan 25 2023

Pada 21 Februari 2022, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis, dua tahun lalu. - Gambar fail

Ramadan: Waktu operasi puncak LRT, Monorel, MRT dan bas diawalkan
Waktu operasi puncak pagi itu diselaraskan sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu 7 pagi hingga 9 pagi.
![AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015168/19199450371679485155147_640x360.jpg)
AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar #AWANIBorneo 22 Mac 2023 : - Sarawak urus sendiri pembangunan sekolah luar bandar. - Brunei bakal nikmati tenaga boleh diperbaharui dari Sarawak. - Tragedi menjelang Ramadan, empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. #AWANInews

Mesut Ozil umum bersara dari dunia bola sepak
Bekas pemain tengah Real Madrid dan Arsenal itu berkongsi tentang keputusannya melalui Instagram.

Pameran P Ramlee di KLIA perkenalkan ikon Malaysia kepada pengunjung luar
KLIA adalah lokasi strategik bagi Pameran Eksklusif Seniman Agung P Ramlee untuk memperkenalkan ikon seni tanah air itu kepada pengunjung luar negara.

Polis cari Sivakumar untuk perbicaraan di mahkamah
Polis sedang mengesan T. Sivakumar yang merupakan saksi penting berhubung perbicaraan kes pemerdangangan manusia dan penyeludupan imigran.

Penjenamaan semula KLIA, KLIA2 tidak libatkan peruntukan kerajaan - Anthony Loke
Kos penjenamaan semula terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada Kementerian Pengangkutan.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei - Ahmad Zahid
Konvensyen melibatkan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan pada 14 Mei ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia.

Shahelmey belum terima surat rasmi dari UMNO
Ahli Parlimen Putatan Datuk Shahelmey Yahya belum menerima sebarang surat rasmi mengenai penggantungan keahliannya dalam UMNO. Timbalan Ketua Menteri III Sabah itu berkata, beliau hanya mengetahui perkara berkenaan melalui media dan hanya akan membuat sebarang keputusan, setelah menerima secara rasmi surat penggantungan daripada UMNO.

Borneo Highland Resort milik penuh Sarawak
Kerajaan Sarawak kini memiliki sepenuhnya hak pembangunan Borneo Highland Resort di Padawan. Rancangan mengindahkan dan memperbaiki resort itu telah dimulakan.

Dari sebidang tanah menjadi lubuk rezeki keluarga
Sebuah keluarga di Pakan Sarawak menuai rezeki di sebidang tanah yang diusahakan menjadi pusat komersil yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada penduduk luar bandar.

Kes dadah: Bekas penyampai radio Ismahalil diperintah bela diri
Bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah hari ini diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lepas.

Kes dadah: Bebas atau bela diri, nasib Ismahalil diketahui 27 Feb
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada Ismahalil akan dibebaskan atau dipanggil membela diri terhadap pertuduhan tersebut.

Bicara kes dadah penyampai radio Ismahalil bermula 19 Okt
Pihak Ismahalil bercadang untuk memanggil enam hingga tujuh saksi pendakwaan untuk memberi keterangan.

Ismahalil mengaku tidak salah edar dadah
Penyampai radio, Ismahalil Hamzah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis tahun lalu.