IPOH: Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencatatkan peningkatan, dengan 412 kes dilaporkan sehingga 23 Oktober lalu (Minggu Epid:42).
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 174.7 peratus berbanding dengan 150 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Beliau berkata, antara faktor situasi itu terjadi disebabkan musim hujan berterusan yang melanda negara amnya dan Perak khususnya, baru-baru ini.
"Kes demam denggi di kawasan pentadbiran MBI menunjukkan peningkatan sejak awal tahun 2022.
"Sejak 17 September hingga 11 Oktober, tiada lokaliti wabak dilaporkan, namun disebabkan hujan berterusan, kes denggi mula meningkat.
"Dilaporkan dua lokaliti wabak terkawal iaitu Taman Arkid (3 kes) dijangka tamat pada 4 November dan Taman Pengkalan Perdana (4 kes) dijangka tamat pada 8 November.
"Semua sedia maklum yang taburan hujan tahunan sudah meningkat dan ini antara faktor kes demam denggi meningkat.
"Kalau boleh kita mahu beri kesedaran dan nasihatkan kepada orang ramai apabila lepas saja hujan, cepat-cepat buang air yang bertakung untuk elak aedes membiak,"katanya.
Rumaizi berkata demikian ketika berucap dalam Mesyuarat Penuh Majlis bulan Oktober di Dewan Mesyuarat MBI, di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau berkata penglibatan Ahli-Ahli Majlis dan ketua komuniti dalam aktiviti turun padang sebelum ini telah banyak membantu mengekang penularan kes denggi.
"Program hebahan maklumat kesedaran denggi dan chikungunya yang disebarkan melalui media massa oleh semua media, media sosial, radio MBI juga telah banyak membantu dalam mengekang kejadian kes denggi.
"Usaha yang dilaksanakan oleh semua pihak bagi menangani wabak denggi diharap dapat diteruskan secara berterusan dan dipertingkatkan supaya kepadatan/densiti nyamuk aedes berada pada tahap seminima yang boleh pada setiap masa," katanya lagi.
Rumaizi berharap penglibatan semua pihak, individu, masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) secara menyeluruh dapat membantu bekerjasama dalam usaha mengurangkan kes demam denggi.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan beliau berkata, MBI muncul juara bagi dua kategori Pertandingan Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (e-Waste) Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022 (HASN) Peringkat Negeri Perak, baru-baru ini.
Kategori tersebut membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan Buangan Elektrik dan Elektronik (e-Waste)Terbanyak dan Penganjur Program Bilangan Pengumpulan e-Waste Terbanyak.
Dalam pada itu katanya, dua buah sekolah dalam pentadbiran MBI turut memenangi kategori masing-masing menerusi pertandingan tersebut.
Sekolah tersebut ialah SMK Raja Perempuan, Jalan Batu Bungkal menjadi juara bagi kategori Sekolah Menengah bagi Pengumpulan e-Waste Terbanyak.
Manakala SK Rapat Setia pula mendapat tempat kedua kategori Sekolah Rendah untuk Pengumpulan e-Waste Terbanyak.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Oct 31 2022

Peningkatan itu adalah sebanyak 174.7 peratus berbanding dengan 150 kes bagi tempoh sama tahun lalu. - Gambar hiasan

Serbuan Imigresen | SUHAKAM bimbang kebajikan 36 kanak-kanak Indonesa di Depoh
SUHAKAM amat bimbang dengan keadaan dan kebajikan 36 kanak-kanak yang kini ditempatkan di Depoh Imigresen Lenggeng berikutan penahanan 67 warga Indonesia oleh Jabatan Imigresen selepas serbuan awal pagi yang dijalankan di sebuah penempatan di Nilai Spring pada 1 Februari 2023. Di samping memperakui tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk menguatkuasakan undang-undang imigresen, SUHAKAM ingin menekankan tanggungjawab Malaysia terhadap Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) dalam menjamin kepentingan terbaik untuk kanak-kanak.

Jenazah Presiden MAA, Aishah Ahmad dikebumikan di Arab Saudi hari ini
Jenazah Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad Badjunaid yang meninggal dunia di Jeddah akan dikebumikan di Arab Saudi hari ini.

TVET | Perlu tekankan konsep ‘sekolah ke kerjaya’
Sudah tiba masanya konsep sekolah ke kerjaya ditekankan kerana ia akan memberi ruang pelajar terlibat dalam kerjaya yang diminati ketika masih di alam persekolahan, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan.

Polis kenal pasti, kesan individu baling botol kaca ke jalan raya
Polis telah mengenal pasti individu dalam video tular yang membaling sebuah botol kaca dari balkoni sebuah kediaman ke arah jalan raya dan pengesanan terhadapnya sedang giat dilakukan.

RTW PERKESO | 54,148 berjaya kembali ke alam pekerjaan
Seramai 54,148 pekerja yang mengalami kecederaan dan hilang upaya berjaya kembali ke alam pekerjaan menerusi Program Return to Work (RTW) yang diperkenalkan PERKESO sejak 2007 sehingga Disember 2022. Menurut Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar, menerusi program tersebut PERKESO telah mengubah fokus dari pembayaran pampasan semata-mata kepada perkhidmatan pemulihan dan pencegahan yang memperkukuhkan lagi kesejahteraan golongan pekerja.

Bekas pegawai bank ada berbincang dengan Jho Low pasal akaun Najib
Joanna Yu Ging Ping berhubung dengan Jho Low menerusi BlackBerry Messenger (BBM) pada pukul 11.46 malam, 4 Dis 2014.

Sekolah | Sesi bermula 8 pagi bukan keutamaan setakat ini
Di sebalik cadangan banyak pihak, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan sesi persekolahan bermula jam lapan pagi bukan keutamaan Kementerian Pendidikan ketika ini. Terdapat banyak lagi isu lain yang perlu didahulukan, tetapi beliau memberi jaminan, pandangan itu tetap diberi perhatian.

Belanjawan 2023 | 57 peratus mahu bantuan sara hidup diberi tumpuan
Kami telah bertanyakan kepada anda di pelbagai platform Astro AWANI. Ini soalan yang kami lontarkan - menjelang Belanjawan 2023, apa tumpuan anda? Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Jumaat.

Suara Rakyat | Kemudahan internet, warga emas anggap tiada keperluan
Bantuan kemudahan internet yang dibekalkan menerusi pakej perpaduan jalur lebar diharapkan mampu mengurangkan beban rakyat di negara ini. Namun, sebilangan warga emas di Johor Bahru menyifatkan, belum ada keperluan yang mendesak buat mereka untuk memanfaatkan kemudahan itu, pada ketika ini. Menerusi tinjauan Astro AWANI di bandaraya itu mendapati, golongan berkenaan dilihat tidak begitu teruja dengan pengumuman bantuan tersebut, pada semalam. Jelas mereka, meskipun inisatif itu bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup yang ditanggung golongan warga emas, namun, ianya masih lagi tidak mampu untuk menyusutkan perbelanjaan harian mereka, yang kian meningkat.
![[TERKINI] Jawatankuasa Dasar Fiskal tanggungjawab rangka Belanjawan 2023 [TERKINI] Jawatankuasa Dasar Fiskal tanggungjawab rangka Belanjawan 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007848/33867764691675426153779_640x360.jpg)
[TERKINI] Jawatankuasa Dasar Fiskal tanggungjawab rangka Belanjawan 2023
Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang bersidang buat kali pertama pada tahun ini menekankan bahawa kerajaan akan mengambil pendekatan bertanggungjawab dalam merangka Belanjawan 2023 yang akan mengutamakan pemacuan pertumbuhan ekonomi yang berhemat dan pembangunan saksama berpaksikan keadilan sosial untuk rakyat malaysia. langkah ini akan dilaksanakan walaupun kerajaan mewarisi beban hutang yang tinggi dan ekonomi berhadapan ketidaktentuan prospek ekonomi global.

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 364.3 peratus
Kes denggi dijangka meningkat pada bulan Januari dan Februari serta memuncak pada Jun dan Julai 2023.

Kes demam denggi turun 8 peratus pada minggu epidemiologi 3
Satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME3/23.

Kes demam denggi meningkat ke 2,520 kes
Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 13.6 peratus dengan satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan

142,000 telur nyamuk 'Aedes Wolbachia' dilepaskan di Kuantan
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah melepaskan 142,000 telur nyamuk 'Aedes Wolbachia' di dua lokaliti di daerah ini sebagai usaha mencegah dan mengawal jangkitan kes demam denggi.

Kes denggi meningkat 150 peratus, kematian 180 peratus pada 2022 - KP Kesihatan
Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sepanjang 2022 mencatatkan peningkatan sebanyak 150.7 peratus atau 39,737 kepada 66,102 kes berbanding 26,365 pada 2021.

Kes demam denggi meningkat 3.5 peratus minggu lepas
Satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu tersebut berbanding lima pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi meningkat 4.2 peratus minggu lepas
Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan lima kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu tersebut.

Denggi: Kes di Ipoh meningkat 214.6 peratus, dengan 1 kematian
Peningkatan itu adalah sebanyak 367 kes (214.6 peratus) berbanding 171 kes dengan satu kematian pada tempoh sama tahun lalu.

Kes demam denggi di Pulau Pinang meningkat 248.1 peratus
Kes demam denggi di Pulau Pinang merekodkan peningkatan 248.1 peratus iaitu 1,347 kes dicatatkan sejak Januari hingga 17 Dis lepas berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu hanya 387 kes.