awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 323 peratus

Aida Aziz
Aida Aziz
30/03/2023
02:50 MYT
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 323 peratus
Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencatatkan peningkatan dengan 330 kes dilaporkan sehingga 25 Mac lalu (Minggu Epid: 12). - Gambar fail
IPOH: Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencatatkan peningkatan dengan 330 kes dilaporkan sehingga 25 Mac lalu (Minggu Epid: 12).
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, peningkatan itu adalah sebanyak 323 peratus berbanding dengan 78 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
"Kes denggi menunjukkan peningkatan berdasarkan perubahan cuaca. Justeru itu, warga Ipoh diseru untuk terus mengambil langkah pencegahan dan kawalan denggi.
"Sehingga 27 Mac lalu sebanyak 13 lokaliti wabak, satu lokaliti wabak tidak terkawal dan tiga lokaliti hotspot dilaporkan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.
"Melalui Pelan Tindakan Pencegahan dan Kawalan Denggi di kawasan pentadbiran MBI, semua jabatan dalam terbabit perlu mengambil tindakan secara bersepadu mengikit prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Mac di Dewan Mesyuarat MBI, di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Rumaizi berkata, MBI dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Ahli Majlis serta agensi berkaitan sentiasa komited dalam melaksanakan aktiviti membendung peningkatan kes denggi.
"Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah membantu dalam gotong royong kendiri khususnya aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan menerusi program yang dianjurkan komuniti rukun tetangga atau Program Skuad Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI).
"Orang ramai dinasihatkan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit pada setiap minggu untuk melakukan aktiviti pemeriksaan dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kawasan kediaman masing-masing," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#denggi
#demam denggi
#denggi meningkat di Ipoh
#Datuk Bandar Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan