KOTA KINABALU: Sabah merekodkan peningkatan jumlah kes demam denggi lebih tiga kali ganda hingga minggu ke-42 tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong.
Beliau berkata peningkatan kes yang sangat membimbangkan itu dapat dilihat apabila sebanyak 4,812 kes direkodkan setakat minggu ke-42 tahun ini berbanding hanya 1,336 kes dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.
Safar berkata lima kes kematian akibat demam denggi turut direkodkan di Sabah setakat ini melibatkan tiga kes di Sandakan manakala masing-masing satu di Papar dan Tawau.
"Setakat 22 Okt, Sandakan menjadi antara lima daerah mencatat kes demam denggi tertinggi iaitu 1,394 kes diikuti Kota Kinabalu (1,155 kes), Tawau (387 kes), Lahad Datu (349 kes) dan Putatan (344 kes)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sejumlah 74 lokaliti wabak aktif direkodkan masing-masing 11 wabak 'hotspot', 11 wabak tidak terkawal dan 52 wabak terkawal di seluruh Sabah melibatkan tujuh daerah iaitu Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Kudat, Penampang dan Pitas.
Safar berkata kerajaan Sabah melalui Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Denggi negeri juga telah bermesyuarat pada 27 Okt bagi membincangkan situasi yang sangat membimbangkan itu.
Beliau berkata masyarakat dinasihat supaya sentiasa mengambil tindakan kawalan pencegahan demam denggi dengan membersihkan kawasan luar dan dalam rumah, menyembur aerosol, kerap menggunakan bahan mencegah gigitan nyamuk dan menyental bekas tadahan air seminggu sekali.
"Kerajaan Sabah juga menyarankan individu mengalami gejala penyakit demam denggi mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital terdekat bagi mengurangkan risiko komplikasi demam denggi berdarah terutama bagi golongan kanak-kanak serta golongan yang mempunyai penyakit komorbid," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022

Sebanyak 4,812 kes direkodkan setakat minggu ke-42 tahun ini berbanding hanya 1,336 kes dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas. - Gambar hiasan

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

Felcra lancar beras harga RM13 sekampit bagi 5kg
Beras yang dijual RM10 pada harga promosi itu, 100 peratus dikeluarkan di estet padi negeri Perak.

Kes demam denggi catat peningkatan, satu kematian minggu lepas - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-12 2023 iaitu dari 19 Mac hingga 25 Mac, meningkat 14.8 peratus kepada 2,469 kes berbanding 2,151 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 323 peratus
Kes denggi menunjukkan peningkatan berdasarkan perubahan cuaca.

Kes kematian akibat denggi meningkat 400 peratus berbanding tahun lepas - Zahid Hamidi
Peningkatan itu membabitkan 17 kes kematian, berbanding hanya empat kes bagi tempoh sama pada tahun 2022.

Kes denggi di Pahang meningkat
Sebanyak 228 kes deman denggi direkodkan di negeri ini dalam tempoh Januari hingga 25 Mac lalu.

Kes denggi di Kedah catat peningkatan
Kes denggi di Kedah mencatatkan peningkatan sebanyak 387.1 peratus dengan 867 kes dicatatkan setakat Sabtu lalu berbanding 178 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Kes denggi di Kedah meningkat 387.1 peratus
Kes denggi di Kedah meningkat 387.1 peratus dengan 867 kes dicatatkan setakat Sabtu lalu berbanding 178 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Kes demam denggi menurun 0.05 peratus, tiada kematian
Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME ke-11 tahun ini.

Perak mohon KKM pertimbang lanjutkan operasi klinik kesihatan
Kerajaan Perak akan memohon Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memanjangkan tempoh operasi klinik kesihatan di beberapa kawasan dan daerah di negeri ini.

Denggi: Perak rekod peningkatan kumulatif kes 376 peratus
Penurunan kes sebanyak 27.6 peratus itu menunjukkan situasi demam denggi di Perak masih terkawal selain ia tidak merekodkan sebarang kes kematian.

Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.