KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada minggu epidemiologi (ME) ke-15 tahun ini iaitu dari 9 hingga 15 April meningkat sebanyak 60 kes atau 2.6 peratus kepada 2,399 kes berbanding 2,339 kes minggu sebelumnya.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli dalam kenyataan hari ini berkata satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam tempoh tersebut.
Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 33,325 kes berbanding 10,954 kes bagi tempoh sama pada 2022 iaitu peningkatan sebanyak 204.2 peratus.
"Sebanyak 21 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan sehingga kini berbanding lima kematian bagi tempoh yang sama pada 2022 iaitu peningkatan sebanyak 16 kematian," katanya.
Selain itu, lokaliti hotspot kes demam denggi meningkat kepada 109 berbanding 93 minggu sebelumnya, dengan 59 daripadanya berada di Selangor, Pulau Pinang (25), Sabah (10), Kuala Lumpur dan Putrajaya (enam), Kedah (empat), Perak (tiga), serta masing-masing satu di Sarawak dan Labuan.
Sementara itu, menurut Dr Norhayati survelan Chikungunya pula merekodkan sebanyak tiga kes pada ME ke-15 dengan kesemuanya di Selangor, manakala jumlah kumulatif kes Chikungunya adalah 117 kes.
Beliau berkata sebanyak 795 sampel darah serta empat sampel urin telah dijalankan saringan Zika dan kesemuanya adalah negatif.
Dr Norhayati mengingatkan orang ramai agar memastikan kawasan rumah bebas dari bekas-bekas yang boleh menakung air dan menjadi tempat nyamuk Aedes membiak semasa cuti panjang sempena Aidilfitri.
"Lakukan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan luar rumah.
"Bersihkan, berus dan simpan bekas-bekas yang masih digunakan, lupuskan barangan lusuh seperti baldi, bekas plastik, tong cat, bekas makanan haiwan dan sebagainya yang terdapat di sekeliling rumah termasuk kawasan lorong belakang rumah," katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai untuk menggunakan bahan repelan bagi mencegah gigitan nyamuk Aedes terutamanya apabila berada di luar rumah dan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala denggi seperti demam tinggi secara tiba-tiba, sakit otot atau sendi, sakit kepala, serta sakit pada belakang mata.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2023

Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 33,325 kes berbanding 10,954 kes bagi tempoh sama pada 2022 iaitu peningkatan sebanyak 204.2 peratus. -Gambar fail/Bernama
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.

Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.

Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 265.9 peratus
Rumaizi berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 265.9 peratus berbanding dengan 129 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

1,877 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 16
Sebanyak 1,877 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 16 iaitu dari 16 hingga 22 April, penurunan 522 kes atau 21.8 peratus berbanding 2,399 kes pada minggu sebelumnya.

Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan
Berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5% melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.