JUMLAH kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-2 tahun dari 8 hingga 14 Januari meningkat 13.6 peratus iaitu 2,520 kes berbanding 2,219 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini, memaklumkan satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu itu.

Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga kini adalah 4,739 kes berbanding 1,429 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 231.6 peratus dengan 2 kematian akibat komplikasi denggi.

Sebanyak 67 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini dengan 40 lokaliti hotspot berada di Selangor, 15 lokaliti di Sabah, enam lokaliti di Pulau Pinang dan lima di Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Beliau berkata, survelan chikungunya pula merekodkan 11 kes pada ME ke-2 dengan 5 kes di Pulau Pinang tiga kes di Selangor dan masing-masing satu kes dari Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

Perak dan Negeri Sembilan, masing-masing dengan dua kes dan masing-masing satu kes di Selangor dan Pahang, menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya hingga kini adalah 36 kes.

Dr Noor Hisham turut menyarankan masyarakat agar melakukan aktiviti gotong-royong bagi memutuskan kitaran hidup nyamuk Aedes dan seterusnya menurunkan insiden jangkitan demam denggi.