KUALA LUMPUR: Kes demam denggi menunjukkan penurunan antara 20 hingga 94 peratus di semua negeri di Malaysia pada tahun ini berbanding tahun lepas, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata bermula Januari sehingga 6 Ogos 2021, jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 16,565 kes berbanding 63,988 kes bagi tempoh yang sama pada 2020 iaitu pengurangan sebanyak 47,423 kes atau 74.1 peratus.
"Purata bilangan kes mingguan demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah 534 kes seminggu berbanding 1,700 kes seminggu pada 2020 dan 2,500 kes seminggu pada 2019.
"Bilangan kematian akibat wabak itu sehingga kini pula adalah 10 kematian berbanding 106 kematian bagi tempoh sama tahun lepas, iaitu pengurangan sebanyak 96 kematian (90.6 peratus)," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.
Dr Adham berkata walaupun negara sedang bergelut dengan COVID-19, semua pihak tidak boleh mengabaikan usaha pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit seperti demam denggi kerana kealpaan itu boleh menyebabkan kejayaan yang telah dicapai akan terhapus dalam sekelip mata.
Beliau menjelaskan ia akan merumitkan lagi keadaan kerana negara akan berhadapan dengan ancaman kesihatan awam berganda dari demam denggi dan akan memberi tekanan tambahan kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut Dr Adham, penyakit demam denggi belum mempunyai vaksin yang benar-benar berkesan untuk melindungi penduduk daripada jangkitan berterusan dan usaha yang telah terbukti berkesan perlu diteruskan bagi mengekalkan kejayaan menurunkan penyakit berkenaan.
Justeru, komitmen penuh dan kerjasama daripada penduduk setempat, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), syarikat swasta, badan bukan kerajaan dan sukarelawan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) amat diperlukan untuk menangani isu kebersihan terutama di kawasan perumahan serta tempat tumpuan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 07 2021
Komitmen penuh dan kerjasama semua pihak terlibat amat diperlukan untuk menangani isu kebersihan terutama di kawasan perumahan serta tempat tumpuan awam. - Gambar hiasan
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.