awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes denggi di Kedah catat peningkatan

Sinar Harian
Sinar Harian
23/03/2023
05:14 MYT
Kes denggi di Kedah catat peningkatan
Sehingga 18 Mac lalu, sebanyak 82 wabak direkodkan berbanding 18 bagi tempoh sama tahun lalu. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Kes denggi di Kedah mencatatkan peningkatan sebanyak 387.1 peratus dengan 867 kes dicatatkan setakat Sabtu lalu berbanding 178 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, walau bagaimanapun tiada kematian dilaporkan setakat ini.
Menurutnya, sehingga 18 Mac lalu, sebanyak 82 wabak direkodkan berbanding 18 bagi tempoh sama tahun lalu.
"Daripada 82 wabak denggi yang dilaporkan, 57 wabak sudah tamat, 24 masih aktif dengan satu wabak 'hotspot'," katanya dalam satu kenyataan pada khamis.
Dalam pada itu, Mohd Hayati berkata, Jabatan Kesihatan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan di semua kawasan berlakunya kes serta wabak denggi yang dilaporkan bagi memutuskan rantaian jangkitan.
"Sepanjang tempoh 1 Januari hingga 18 Mac juga, sebanyak 74,257 premis diperiksa dan 1,812 kompaun dengan nilai RM885,917 dikeluarkan mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 kepada pemilik premis yang dikesan terdapat pembiakan nyamuk Aedes," katanya.
Ujarnya, mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat Negeri Kedah diadakan pada Selasa bagi meningkatkan kerjasama pelbagai agensi dalam usaha kawalan dan pencegahan denggi.
"Dengan peningkatan jangkitan Denggi di negeri Kedah, kerjasama dan penglibatan masyarakat dalam usaha kawalan wabak dan kes juga sangat mustahak.
"Seluruh anggota masyarakat diseru bersama-sama memikul tanggungjawab dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti kawalan wabak," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kedah
#kes denggi
#peningkatan
#Dr Mohd Hayati Othman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan