awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Machado yakin bakal jadi Presiden Venezuela "apabila tiba masanya"
Ahmad Zahid, beberapa menteri ajak umat Islam hayati peristiwa Israk Mikraj
JKKP N. Sembilan siasat lanjut insiden kebocoran gas amonia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes denggi di Negeri Sembilan meningkat 82.9 peratus

Bernama
Bernama
02/06/2022
10:44 MYT
Kes denggi di Negeri Sembilan meningkat 82.9 peratus
Jumlah lokaliti wabak yang masih aktif ialah empat lokasi iaitu tiga di Seremban dan satu di Jempol setakat ini. - Gambar hiasan/Bernama
SEREMBAN: Negeri Sembilan merekodkan 512 kes demam denggi iaitu peningkatan sebanyak 82.9 peratus bagi tempoh Januari hingga 28 Mei lepas berbanding 280 kes tempoh sama tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata Seremban merekodkan jumlah tertinggi iaitu 390 kes diikuti Rembau (37), Jempol (27), Port Dickson (20), Jelebu (16), Tampin (13) dan Kuala Pilah (9).
"Sebanyak 44 kes direkodkan di seluruh negeri untuk minggu ke-21 iaitu dari 22 Mei hingga 28 Mei.
"Tiada kes maut dilaporkan pada minggu semasa menjadikan kumulatif kematian denggi sebanyak satu kes atau 0.2 peratus bagi tempoh sama (Jan-28 Mei)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata jumlah lokaliti wabak yang masih aktif ialah empat lokasi iaitu tiga di Seremban dan satu di Jempol setakat ini.
Justeru, Veerapan menggalakkan masyarakat untuk membersihkan kawasan masing-masing selama 10 minit setiap minggu dengan menghapuskan tempat atau bekas yang berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes sekali gus dapat mengekang penularan demam denggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#denggi
#kesihatan
#Negeri Sembilan
#kebersihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan