awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes denggi, HFMD meningkat - Dr Noor Hisham

Bernama
Bernama
05/05/2022
14:13 MYT
Kes denggi, HFMD meningkat - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham menasihatkan ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak yang bergejala ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar dan pusat beli belah. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Kes denggi dalam negara dilaporkan meningkat daripada 967 kes pada Minggu Epid (ME) 16/2022 kepada 1,021 kes pada ME 17/2022, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata peningkatan sebanyak 54 kes atau 5.6 peratus itu direkodkan antara 24 hingga 30 April lepas (ME 17/2022), menjadikan jumlah kumulatif kes denggi setakat ini adalah 12,942 kes, berbanding 9,270 kes bagi tempoh sama pada 2021.
"Jumlah kumulatif kematian akibat denggi hingga ME 17/2022 adalah tujuh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati terdapat peningkatan ketara kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara, dengan 22,463 kes dilaporkan di seluruh negara hingga ME 17/2022.
Beliau berkata angka tersebut menunjukkan peningkatan 12.8 kali ganda berbanding ME sama pada 2021 iaitu hanya mencatatkan 1,752 kes sahaja.
Dr Noor Hisham berkata HFMD secara majoriti menjangkiti kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu dengan 21,508 kes, diikuti 729 kes melibatkan kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun dan selebihnya berlaku dalam lingkungan umur lebih 12 tahun.
HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus, khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (E71), yang menular menerusi sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya.
Katanya, hingga ME 17/2022 sebanyak 767 wabak HFMD dilaporkan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor serta Perak merekodkan kejadian wabak tertinggi.
Bagi membendung wabak denggi, beliau menasihatkan orang ramai supaya memastikan rumah kediaman bebas daripada tempat pembiakan nyamuk dengan membersihkan atau melupuskan bekas takungan air.
"Bagi pengamal perubatan, pastikan pesakit yang mengalami demam berterusan melakukan kiraan darah penuh pada hari ketiga.
"Sekiranya pesakit disyaki menghidapi demam denggi berdasarkan ciri klinikal dan ujian darah, pesakit perlu diberikan dengue alert card dan melakukan dengue combo test," katanya.
Sementara itu bagi HFMD pula, ibu bapa yang mempunyai anak kecil dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga seperti membasuh tangan selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan dan selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak.
Dr Noor Hisham juga menasihatkan ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak yang bergejala ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar dan pusat beli belah.
Sebagai langkah proaktif mengekang penularan penyakit berjangkit, beliau berkata KKM melalui aplikasi MySejahtera telah mengaktifkan ciri terbaharu pengesanan penyakit berjangkit bagi mengesan kes selain COVID-19 seperti Rabies, denggi dan demam campak.
"Ciri ini membantu orang awam bagi menjalankan aktiviti harian dan merancang perjalanan mereka secara lebih berhati-hati," kata Dr Noor Hisham.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#HFMD
#KKM
#denggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan