KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-17 iaitu bagi tempoh 22 hingga 29 April lepas menurun sebanyak 5.4 peratus atau 102 kes kepada 1,775 kes berbanding 1,877 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata dalam tempoh sama, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.
"Sehingga kini, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan ialah 36,997 kes, namun merekodkan peningkatan 24,056 kes atau 185.9 peratus berbanding 12,941 kes bagi tempoh sama tahun lepas," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Dr Muhammad Radzi berkata dalam ME sama, terdapat 103 lokaliti hotspot dilaporkan berbanding 116 lokaliti pada minggu sebelumnya dengan 58 lokaliti di Selangor, Pulau Pinang (25) dan Sabah (tujuh).
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya terdapat enam lokaliti, diikuti Perak (lima), serta masing-masing satu lokaliti di Kedah dan Sarawak.
Sementara itu, bagi survelan chikungunya, beliau berkata terdapat empat kes dilaporkan pada ME ke-17 dengan dua kes di Selangor dan masing-masing satu di Kedah serta Perak yang menjadikan kumulatif kes chikungunya sehingga kini ialah 1,242 kes.
"Bagi survelan zika, sebanyak 973 sampel darah dan 37 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif," katanya.
Dr Muhammad Radzi turut menasihati orang awam supaya sentiasa membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes selain menggunakan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam bekas penyimpanan air untuk menghalang pembiakan serangga itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023
Dr Muhammad Radzi berkata dalam ME sama, terdapat 103 lokaliti hotspot dilaporkan berbanding 116 lokaliti pada minggu sebelumnya dengan 58 lokaliti di Selangor, Pulau Pinang (25) dan Sabah (tujuh). - Gambar hiasan
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM.
Pantau Agenda Reformasi: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
Nahas helikopter Lumut: 'Wajah tenang seperti tidur'
Mohd Shahrizan merupakan salah seorang kru pesawat Fennec yang terlibat mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
Pantau Agenda Reformasi: KL20 – Melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula niaga Malaysia
Nahas helikopter Lumut: Video persiapan Raya jadi kenangan terakhir bersama arwah - Abang
Arwah dilihat begitu teruja membuat persiapan Aidilfitri dengan memesan langsir baharu berwarna putih dan keemasan.
S P Setia Berhad adakan Rumah Terbuka Raya 2024, kekal tradisi bertemakan batik
Pemaju hartanah terkemuka tempatan S P Setia Berhad menganjurkan sambutan rumah terbuka menerusi tema "Sentuhan Syawal, Setia Bersama" dalam usaha meraikan perpaduan komuniti Setia.
Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
2 lagi kes kematian akibat denggi di Johor
Dua kematian akibat denggi dilaporkan di Johor pada Minggu Epid 10/2024 menjadikan jumlah kematian sebanyak tujuh kes dan 1,420 kes denggi dikesan menjadikan kumulatif 3,764 kes.
Kes denggi menurun, empat kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,483 kes pada Minggu Epidemiologi ke-7 (ME07) 2024 iaitu bagi tempoh 11 Feb hingga 17 Feb lepas.
Kes denggi menurun pada ME06, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,631 pada Minggu Epidemiologi ke-06 (ME06) 2024 dengan satu kematian dilaporkan.
Kes denggi menurun pada ME04, tujuh kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME04 ialah sebanyak 14,458 kes berbanding 8,968 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi hingga 16 Dis lepas meningkat 89.3 peratus - KP Kesihatan
Jumlah kumulatif kes denggi pada tahun ini hingga 16 Dis lepas meningkat sebanyak 89.3 peratus iaitu 117,505 kes berbanding 62,060 kes pada 2022.
Kes denggi meningkat di Malaysia
Jumlah kes demam denggi meningkat 10 kes atau 0.4 peratus kepada 2,272 kes pada Minggu Epidemiologi ke-43 (ME43) iaitu bagi tempoh 22 Okt hingga 28 Okt.
Jumlah kumulatif kes denggi di Perak meningkat lebih 200 peratus
Jumlah kumulatif demam denggi di Perak meningkat sebanyak 2,762 kes sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 851 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi di Kelantan meningkat 225 peratus - Dr Zaini
Sebanyak 1,514 kes demam denggi dicatatkan di Kelantan bermula Januari hingga 12 Ogos tahun ini, iaitu peningkatan 225 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi meningkat 4.7 peratus, dua kematian dilapor
Jumlah kes demam denggi meningkat 4.7 peratus kepada 2,542 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME31) iaitu bagi tempoh 30 Julai hingga 5 Ogos, berbanding 2,427 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Kes denggi meningkat di Bangladesh, lebih 11,000 dimasukkan ke hospital pada Julai
Negara Asia Selatan itu mengalami lonjakan kes denggi pada Sabtu, dengan 1,623 jangkitan baharu dan tujuh kematian direkodkan.