awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes denggi turun 2.6 peratus, tiada kematian pada ME46

Bernama
Bernama
24/11/2023
11:21 MYT
Kes denggi turun 2.6 peratus, tiada kematian pada ME46
Jumlah kes demam denggi menurun 2.6 peratus kepada 2,372 kes pada Minggu Epidemiologi ke-46 (ME46) iaitu bagi tempoh 12 hingga 18 Nov lepas berbanding 2,435 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi menurun 2.6 peratus kepada 2,372 kes pada Minggu Epidemiologi ke-46 (ME46) iaitu bagi tempoh 12 hingga 18 Nov lepas berbanding 2,435 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Dalam kenyataan mengenai situasi demam denggi di Malaysia hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME46.
Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME46 meningkat 93.8 peratus kepada 105,743 kes berbanding 54,570 kes bagi tempoh sama 2022.
"Sejumlah 80 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 37 kematian bagi tempoh yang sama pada 2022," katanya.
Dr Muhammad Radzi berkata bilangan lokaliti 'hotspot' yang dilaporkan pada ME46 adalah sebanyak 66 lokaliti berbanding 70 pada minggu sebelumnya.
Lokaliti berkenaan ialah 50 di Selangor, lima di Sabah, Perak serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing empat manakala masing-masing satu lokaliti di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sarawak.
Beliau berkata faktor pergerakan orang ramai secara meluas menyebabkan risiko jangkitan demam denggi lebih tinggi dan lebih cepat merebak, jika terdapat nyamuk Aedes di persekitaran.
"Penyebaran jangkitan demam denggi ini boleh terjadi melalui pembawa virus denggi (pesakit denggi) ke kawasan baharu sama ada mereka bergejala atau tidak," katanya yang turut menasihatkan orang ramai agar tidak pergi ke kawasan wabak atau hotspot denggi.
Bagi survelan chikungunya pula, Dr Muhammad Radzi berkata terdapat dua kes direkodkan pada ME46 menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 186 kes.
Beliau berkata bagi survelan zika, sebanyak 3,257 sampel darah dan 347 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes denggi turun
#ME46
#demam denggi
#KKM
#Dr Muhammad Radzi Abu Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan