awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes dera cucu sampai pecah usus, nenek direman seminggu lagi

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2021
06:31 MYT
Kes dera cucu sampai pecah usus, nenek direman seminggu lagi
Perintah reman ke atas suspek berusia 55 tahun ini sepatutnya tamat hari ini namun polis memohon sambungan reman bagi meneruskan siasatan. - Gambar fail
SELAYANG:Nenek saudara kepada kanak-kanak berusia 5 tahun yang meninggal dunia 30 Disember lepas dipercayai disepak dan dipijak sehingga usus pecah, disambung reman seminggu lagi.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Selayang, Nik Mohd Fadli Nik Azlan sehingga 13 Januari depan.
Perintah reman ke atas suspek berusia 55 tahun ini sepatutnya tamat hari ini namun polis memohon sambungan reman bagi meneruskan siasatan lanjut.
Semalam, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata, mangsa dipercayai diperlakukan sedemikian oleh suspek, yang juga warga Indonesia berusia 55 tahun, sejak mereka tinggal bersama pada 2017 di Kampung Sungai Chinchin.
Mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh ibu saudaranya pada jam 7 malam 30 Disember lepas, yang seterusnya menghubungi ambulans.
Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa maut akibat kecederaan pada ususnya yang pecah dipercayai kerana didera.
Keluarga mangsa pada mulanya mendakwa mangsa mengalami sakit perut dan muntah sebelum ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu selain enggan membuat bedah siasat.
Polis turut enam individu masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 55 tahun termasuk suspek utama untuk siasatan lanjut.
Pemeriksaan lanjut juga menemui kesan parut lama tubuh mangsa dicucuh dengan ubat nyamuk yang dibakar serta kesan rotan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.
Topic Berkaitan
#nenek dera
#kanak-kanak didera
#mahkamah
#Selayang
#mati didera
#warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan