TENOM: Suara lantang pengadu ketika membaca perbualannya dengan Ebit Lew menerusi tangkap layar aplikasi WhatsApp semakin tenggelam sebelum bertukar menjadi tangisan dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Majistret Tenom pada Rabu.
Pengadu yang merupakan saksi pendakwaan kesembilan bagi kes pendakwah terkenal itu diminta oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad untuk membaca satu persatu daripada 436 gambar laporan forensik dalam cakera padat.
Salah satu gambar tangkap layar yang dibaca pengadu wanita itu dalam sesi pemeriksaan utama ialah nasihatnya kepada Ebit Lew supaya mereka melakukan taubat nasuha.
"Buat taubat nasuha awak, sama-sama kita. Insya-ALLAH saya akan jaga aib ini. Sebenarnya hari ini itu yang saya nak WhatsApp, next week (minggu depan) dah puasa.
"Awak baik, anggap ini ujian. Dengan saya tak apa, jangan buat lagi dengan orang, bahaya awak nama awak terkenal.
"Maaf saya cakap-cakap macam ini. Lagi pun masa yang sangat sesuai, dengan kuarantin seminggu," katanya bagi membaca teks yang terkandung dalam tangkap layar tersebut.
Sepanjang membaca teks tersebut, suara pengadu mulai perlahan dan berganti dengan perasaan sebak lalu menangis tersedu-sedu.
Bagaimanapun, pengadu meneruskan bacaan teks tersebut bahawa dia akan simpan aib tersebut memandangkan mereka hanya sebagai manusia biasa seperti yang dikatakan pendakwah itu.
"Lagi pun saya isteri orang, tak apalah ujian hidup saya dengan ada suami macam ini, saya sabar saja demi anak.
"Saya nak kawan dengan awak sebenarnya sebab saya suka nasihat-nasihat awak, tapi saya salah.
"Salah maksudnya, saya pun dah gagal dengan ujian ini, macam tak sedap badan pula hari ini, sakit kepala dan tekak," katanya sambil mengelap air mata.
Sesi perbicaraan kemudian ditanggungkan seketika selepas Nor Azizah memohon bahawa saksi perlu menenangkan dirinya.
Ketika perbicaraan disambung semula, Nor Azizah meminta pengadu menjelaskan maksud mesej tangkap layar yang dibacanya di mahkamah itu.
"Saya betul-betul ikhlas untuk memasihatkan Ebit Lew supaya hentikan apa yang dia buat itu sebab itu kalau tengok dari awal saya tidak blok beliau walaupun saya sudah terpedaya dengan kata-kata beliau," katanya.
Selain itu, beberapa tangkap layar perbualan tersebut juga turut mendedahkan Ebit Lew mengajak pengadu melakukan hubungan intim dan bertukar pasangan suami isteri serta perkataan berunsur lucah.
Nor Azizah kemudian meminta pengadu menjelaskan maksud ayat dalam salah satu gambar tangkap layar iaitu 'dia tak pernah nak lepaskan saya'.
"Yang saya ingat teks itu adalah berkenaan Ebit untuk bertukar pasangan dan saya ada bagitahu 'tak akan' dan suami pun tak akan lepaskan saya," katanya.
Turut didedahkan dalam tangkap layar itu ada beberapa mesej dipadam oleh Ebit Lew di mana pengadu mendakwa bahawa mesej itu dipadam kerana pendakwah itu memarahinya.
Pengadu berkata demikian ketika diminta merujuk kepada gambar tangkap layar yang seterusnya menunjukkan mesej telah dipadam.
"Seingat saya, dia tengah marah. Apa-apa mesej yang dia marah dia akan padam 'for everyone," katanya.
Diminta menjelaskan secara spesifik jika pengadu ingat mesej apa yang telah dipadamkan itu, dia memaklumkan ia mesej Ebit Lew mengajaknya untuk membuat panggilan video.
Sebelum itu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Perbicaraan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah dan Analia Kamaruddin manakala Ebit diwakili barisan peguamnya, Datuk Ram Singh, Timothy Daut dan Nizam Salleh Keruak dan Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 14 2024
Ebit Lew (tengah) ketika tiba di Mahkamah Majistret Tenom pada Rabu.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
Kes Ebit Lew: Suara lantang pengadu bertukar tangisan
Pengadu diminta untuk membaca satu persatu daripada 436 gambar laporan forensik dalam cakera padat.
'Pengadu tertekan Ebit Lew buat panggilan video tunjuk kemaluan'
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia tertekan dengan perbuatan pendakwah terkenal itu yang didakwa membuat panggilan video dan menunjukkan kemaluan.
Kes Ebit Lew: Tarikh ubah suai gambar sama dengan hari laporan polis dibuat - Saksi
Menurut saksi, laporan analisis menunjukkan gambar tangkap layar itu wujud dalam telefon bimbit pengadu pada tarikh ubah suai tersebut.
Kes Ebit Lew: Maklumat kesalahan jenayah disyaki dalam telefon bimbit
Seorang saksi perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret hari ini bahawa disyaki terdapat maklumat berkaitan sesuatu kesalahan jenayah dalam telefo
Kes Ebit Lew: Kumpulan WhatsApp NOBODY tidak lagi aktif - Firdaus
NOBODY tidak lagi aktif selepas semua aduan mangsa dikendalikan oleh polis.
'Saya tertekan, sukar tidur malam' - Firdaus Wong
Mesej dan gambar kemaluan lelaki yang diterima sering berlegar di minda.
Ebit Lew kirim gambar lucah melalui WhatsApp - Saksi
Terdapat juga pesanan bertulis menerusi Whatsapp yang berbunyi 'minta husband you ceraikan you, I bayar you.'
"Mahkamah tempat terbaik mencari kebenaran" - Ebit Lew
Ebit bersyukur kerana perbicaraan sudah bermula dan itu merupakan saat yang dinantikannya sejak setahun lalu.
Kes Ebit Lew: Firdaus Wong terima gambar, mesej lucah melalui WhatsApp
Gambar kemaluan lelaki dan mesej lucah itu dikongsi oleh saksi pendakwaan pertama, Akhi Fairuz yang menerimanya daripada pengadu wanita.
Kes Ebit Lew: Pegawai polis rampas telefon bimbit tidak periksa kandungan
Namun, pegawai polis itu memaklumkan beliau tidak tahu mengetahui ia berkaitan dengan kesalahan gangguan seksual.