awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Faisal Halim: Selangor mungkin guna undang-undang jika tiada keputusan siasatan

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2024
12:07 MYT
Kes Faisal Halim: Selangor mungkin guna undang-undang jika tiada keputusan siasatan
Najwan Halimi ketika sesi penggulungan Usul Bajet Peruntukan Pembangunan 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini. - Foto X @NajwanHalimi
KUALA LUMPUR: Selangor tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran undang-undang sekiranya siasatan kes serangan asid terhadap pemain Selangor FC, Muhammad Faisal Abdul Halim, tidak membawa sebarang keputusan.
Memetik laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri, Najwan Halimi, berkata Selangor FC telah pun melantik peguam untuk terus memantau kes berkenaan.
"Tindakan susulan berkaitan dengan kes terbabit, kita memang serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
"Tetapi, pada masa sama kita tidak tolak keperluan untuk pihak peguam dan pengurusan Selangor FC mengambil tindakan sewajarnya di peringkat lebih tinggi, sekiranya tidak ada apa-apa keputusan daripada siasatan dan hasil siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Usul Bajet Peruntukan Pembangunan 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Kenyataan Najwan itu sebagai menjawab soalan daripada Afif Bahardin (PN-Medan) yang membangkitkan mengenai langkah kerajaan negeri sekiranya kes itu berlarutan tanpa penyelesaian.
Najwan turut berharap supaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor memberi tekanan kepada pihak berkuasa agar mempercepatkan laporan serta perincian hasil siasatan.
Media pada Isnin melaporkan, siasatan kes membabitkan Muhammad Faisal telah diambil alih pasukan khas Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Timbalan Speaker Kamri Kamaruddin ketika sesi DUN Selangor memaklumkan, pejabat DUN telah menerima maklum balas daripada Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berhubung usul 17 (1) Peraturan-Peraturan Tetap DUN Selangor yang dibawa oleh Abbas Salimmi Che Adzmi@azmi (PH-Seri Serdang).
Pada 22 November lepas, media melaporkan Najwan telah memberitahu bahawa kerajaan Selangor masih menunggu laporan siasatan kes tersebut.
Najwan dilapor berkata, Speaker DUN Selangor sudah menulis surat kepada pihak polis memaklumkan usul yang dipersetujui secara konsesus pada sidang DUN terdahulu Julai lalu.
Dalam surat itu, DUN Selangor meminta siasatan menyeluruh dibuat dan laporan hasil siasatan berkenaan didedahkan kepada umum.
Pada 5 Mei lalu, Faisal dilaporkan cedera selepas disimbah asid dipercayai dilakukan dua individu bermotosikal di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya kira-kira jam 5 petang.
Susulan itu, tonggak utama Selangor FC berkenaan disahkan mengalami kecederaan melecur tahap empat di beberapa bahagian tubuhnya dan menerima rawatan di hospital.
Topic Berkaitan
#DUN Selangor
#Faisal Halim
#Najwan Halimi
#Selangor FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan