awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes fitnah kait Ismail Sabri dengan serangan anak Rafizi diklasifikasi NFA

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
05/02/2026
04:20 MYT
Kes fitnah kait Ismail Sabri dengan serangan anak Rafizi diklasifikasi NFA
Laporan polis dan SKMM dibuat pada Ogos tahun lalu berhubung fitnah yang disiarkan di laman Facebook mengaitkan Ismail Sabri (kiri) dengan serangan terhadap anak Rafizi (kanan).
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menutup siasatan terhadap laporan berhubung dakwaan fitnah di media sosial yang mengaitkan Ahli Parlimen Bera dengan serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan kes itu sebagai “No Further Action” (NFA).
Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, PDRM menerima satu laporan polis menerusi Dang Wangi Report 23401/2025 bertarikh 18 Ogos 2025 yang dibuat oleh Setiausaha Akhbar Ahli Parlimen Bera berhubung satu hantaran Facebook yang didakwa berunsur fitnah.
"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebelum kertas siasatan dirujuk kepada AGC pada 23 Disember 2025.
"Bagaimanapun, AGC memutuskan untuk tidak mengambil tindakan lanjut selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati pemilik akaun Facebook terbabit tidak dapat dikenal pasti dan tiada individu yang boleh dikaitkan secara konklusif dengan akaun tersebut," katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Rafizi Ramli (PH-Pandan) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan status siasatan pihak berkuasa (PDRM dan SKMM) terhadap laporan dibuat setiausaha akhbar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) pada tahun lalu itu.
Ia berhubung fitnah yang disiarkan di satu laman Facebook mengaitkan Ismail Sabri dengan serangan terhadap anak Rafizi.
Anak lelaki Rafizi yang berusia 12 tahun diserang di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya kira-kira jam 2 petang pada 13 Ogos 2025 dengan rakaman kamera litar tertutup menunjukkan dua lelaki mengekori kereta isterinya menggunakan sebuah motosikal sebelum kejadian.
Beberapa hari kemudian, Ismail Sabri membuat laporan polis dan SKMM terhadap sebuah laman Facebook yang memuat naik dua artikel palsu serta fitnah mengaitkannya dengan serangan itu.
Rafizi turut menafikan dakwaan mengaitkan Ismail Sabri dengan serangan terhadap anaknya.
Pada 30 Jan lalu, Rafizi berkata beliau sedia menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saifuddin Nasution untuk meminta siasatan kes serangan ke atas anaknya dihentikan sekiranya tiada perkembangan positif.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution
#ismail sabri yaakob
#Rafizi Ramli
#serang anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan