Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta pihak sekolah dan keluarga menyelesaikan secara ‘harmoni’ berhubung kes seorang pelajar tahun enam didakwa dipukul oleh seorang guru kerana mengubah suai basikalnya pada Rabu lalu.
Menurutnya, tidak semua kes terus dibawa kepada kementerian dan sepatutnya ia dapat diselesaikan diperingkat sekolah, pelajar, ibu-bapa dan guru berkenaan supaya ia tidak terus berlarutan.
Jelasnya, kementerian juga perlu menguruskan 10,191 buah sekolah di mana seramai 420,000 guru mengajar kepada 5 juta orang pelajar di negara ini.
Beliau berkata buat masa ini, guru berkenaan diberi peluang untuk menyelesaikan bersama pelajar dan ibu-bapa terlibat dan kementerian belum mengambil sebarang tindakan terhadap guru tersebut.
Bagaimanapun, katanya kementerian tetap memandang serius isu memukul pelajar atau murid dan siasatan tetap akan dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan kementerian.
Jika terbukti bersalah, barulah kementerian dapat mengambil tindakan tegas untuk mengelak kejadian yang sama berulang dan membimbangkan banyak pihak.
“Selesaikan secara harmoni, itu cara yang terbaik. Maknanya keluarga datang jumpa guru, guru besar, kemudian selesaikan kes ini,” katanya selepas merasmikan Telaga Tiup Air Bawah Tanah di Sekolah Menengah Agama Al-Siddiqiah Padang Kerasak, Naka, Kuala Nerang.
Projek kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta Ahli Palimen Padang Terap itu menelan kos kira-kira RM80,000 dan mampu menyalurkan air bersih sebanyak 2,000 gelen sejam dan menampung kira-kira 600 pelajar.
Astro Awani
Sun Mar 06 2016
MAHDZIR: tidak semua kes terus di bawa kepada kementerian dan sepatutan ianya dapat diselesaikan diperingkat sekolah, pelajar, ibu-bapa dan guru berkenaan supaya ianya tidak terus berlarutan. - Gambar fail
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
Kes guru pijak pelajar: Keluarga, sekolah perlu selesaikan secara harmoni - Mahdzir
Tidak semua kes terus dibawa kepada kementerian dan sepatutnya ia dapat diselesaikan di peringkat sekolah, pelajar, ibu-bapa dan guru berkenaan supaya tidak terus berlarutan.