awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes harian COVID-19 tinggi, Sarawak tambah 14 lagi PKRC

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
30/08/2021
11:36 MYT
Kes harian COVID-19 tinggi, Sarawak tambah 14 lagi PKRC
PKRC Dewan Hikmah yang mampu memuatkan 250 pesakit COVID-19 pada satu-satu masa dijangka memulakan operasinya pada Selasa. - Foto JPBN Sarawak
KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak akan menambah 14 lagi Pusat Kuarantin Risiko Rendah COVID-19 (PKRC) di Zon Selatan menjadikan jumlah keseluruhan PKRC di zon itu kepada 29 PKRC dengan kapasiti 5,887 katil.
Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata penambahan ini perlu bagi menampung kes COVID-19 yang kian meningkat di negeri itu dengan kes harian melebihi angka seribu untuk 13 hari berturut-turut sejak 18 Ogos 2021.
Dr Sim turut memaklumkan sejumlah 520 katil telah disediakan di dua PKRC baharu di Kuching dengan 270 daripadanya ditempatkan di PPV SMK Tabuan Jaya yang beroperasi semalam.
Baki 250 buah katil lagi ditempatkan di PPV Dewan Hikmah yang dijangka beroperasi esok.
Jelas Dr Sim kedua-dua PKRC ini akan menempatkan pesakit COVID-19 kategori 1,2, dan 3.
“Kita juga akan menempatkan pesakit yang mempunyai komorbit atau mereka yang tidak mempunyai persekitaran rumah yang sesuai untuk menjalani pengasingan kendiri,” katanya melalui hantaran di media sosialnya.
Tambahnya, walaupan PKRC itu dikendalikan oleh pihak Hospital Umum Sarawak (HUS) di bawah Kerajaan Persekutuan, namun Kerajaan Negeri sentiasa menghulurkan bantuan sebanyak mungkin dari sudut kewangan.
“Walaupun PKRC ini tidak dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB), Kerajaan Negeri sentiasa memperuntukkan bantuan kerana yang memerlukan fasiliti ini ialah rakyat Sarawak dan bukan masanya kita berkira-kira dalam situasi krisis sekarang ini,” katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PKRC
#PPV
#Dewan Hikmah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan