awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes hasutan Papagomo diteruskan, bicara pada 23 April

Bernama
Bernama
08/04/2025
08:01 MYT
Kes hasutan Papagomo diteruskan, bicara pada 23 April
Tarikh perbicaraan telah ditetapkan pada 23 dan 30 April, dengan ramai saksi dijangka hadir. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa pihak pendakwaan akan meneruskan kes hasutan membabitkan blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Ringkasan AI
  • Pendakwaan akan meneruskan kes hasutan terhadap blogger Papagomo (Wan Muhammad Azri Wan Deris) setelah siasatan kes lengkap.
  • Tarikh perbicaraan telah ditetapkan pada 23 dan 30 April, dengan ramai saksi dijangka hadir.
  • Papagomo didakwa di bawah Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Hannif Ahijman berkata pihaknya telah menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan kes tersebut, setelah mendapati siasatan kes berkenaan lengkap.
"Saya percaya untuk kes ini masih ada lagi ramai saksi dan kita telah tetapkan tarikh perbicaraan pada 23 dan 30 April ini," katanya ketika prosiding di hadapan Hakim Norma Ismail.
Sebelum ini, Wan Muhammad Azri telah mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang dihadapinya.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Bukit Bintang di sini pada 12 tengah hari, 29 April tahun lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama itu, membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes hasutan
#Papagomo
#perbicaraan diteruskan
#Bukit Bintang
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan