awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes hilang kabel: Dua kakitangan TM direman

Bernama
Bernama
14/01/2018
08:44 MYT
Kes hilang kabel: Dua kakitangan TM direman
Kedua-dua suspek ditahan kerana disyaki menerima rasuah daripada sindiket jual beli kabel sebagai balasan membawa keluar drop fiber secara tidak sah untuk dijual. - Gambar hiasan
Dua kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung jual beli kabel TM berjumlah RM7,650, sejak dua tahun lepas.
Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Rasuah Nur Hayatie Mohd Saini selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Khairi Abdul Karim, di sini hari ini.
Kedua-dua suspek yang memakai baju lokap SPRM tiba di mahkamah pada 10.30 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.
Semalam, kedua-dua suspek yang merupakan Pembantu Pegawai Teknik/Telekom Malaysia Wilayah Johor Selatan masing-masing berumur 29 dan 30 tahun, ditahan di Ibu Sawat TM, Johor Bahru sekitar 4.25 dan 5.30 petang.
Mereka ditahan kerana disyaki menerima rasuah daripada sindiket jual beli kabel sebagai balasan membawa keluar drop fiber jenama Lite Kabel milik TM dari 'stor' Telekom Malaysia (TM) secara tidak sah untuk dijual dalam pasaran.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jual beli kabel
#kabel
#mahkamah
#Rasuah
#sindiket
#SPRM
#Telekom Malaysia
#TM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan