awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes hina Permaisuri Agong: Fahmi Reza ditahan polis

Astro Awani
Astro Awani
23/04/2021
16:20 MYT
Kes hina Permaisuri Agong: Fahmi Reza ditahan polis
Beberapa hari lalu, Fahmi dikatakan terbabit dalam penyiaran gambar wajah Raja Permasuri Agong dengan kapsyen bertulis -Dengki ke- di Facebook. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza ditahan polis dipercayai bagi membantu siasatan kes menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan tangkapan tersebut dalam satu kenyataan lewat malam Jumaat.
"Pada 23 April 2021, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menahan Mohd Fahmi Reza bin Mohd Zarin (pemilik akaun Facebook Fahmi Reza) di Kuala Lumpur.
"Suspek akan dibawa ke hadapan Majistret pada 24 April 2021 untuk tujuan permohonan reman di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut," katanya.
Beliau berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), bahagian D5, JSJ, Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sebelum ini, Portal Utusan Malaysia melaporkan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan penahanan Fahmi.
Bagaimanapun, menurut Mohamad Zainal, siasatan akan dijalankan pasukan dari Bukit Aman.
Beberapa hari lalu, Fahmi dikatakan terbabit dalam penyiaran gambar wajah Raja Permasuri Agong dengan kapsyen bertulis “Dengki ke” di Facebook.
Sementara itu peguam Fahmi, Yohendra Nadarajan, mendakwa tangkapan dibuat kira-kira jam 7 malam sebelum dia dibawa ke IPD Dang Wangi.
Topic Berkaitan
#Fahmi Reza
#Permaisuri Agong
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#PDRM
#hina
#Tahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan