awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' direman, 15 lagi dalam buruan - KPN
PN kekal bersama empat parti, tiada isu kerjasama - Takiyuddin
Inspektor Sheila ditahan, bertengkar dengan peniaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Ismail Sabri: Peguam Negara sahkan terima laporan SPRM, sedang teliti untuk tindakan lanjut

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
13/09/2025
09:51 MYT
Kes Ismail Sabri: Peguam Negara sahkan terima laporan SPRM, sedang teliti untuk tindakan lanjut
Mohd Dusuki Mokhtar, berkata laporan berkenaan diterima pada Jumaat dan proses penelitian akan mengambil sedikit masa memandangkan ia melibatkan isu yang rumit. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Jabatan Peguam Negara sedang meneliti laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pelucutan hak wang tunai lebih RM169 juta yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi tindakan lanjut.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, berkata laporan berkenaan diterima pada Jumaat dan proses penelitian akan mengambil sedikit masa lagi memandangkan ia melibatkan isu yang rumit.
"Pelucutan hak dan pertuduhan merupakan dua aspek yang berbeza. Justeru, kita perlu menilai laporan itu daripada pelbagai sudut termasuk keterangan serta aspek pembuktian kes sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini pada Sabtu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini memberitahu, wang tunai yang disita SPRM dan dipercayai dikaitkan dengan Ismail Sabri kini secara rasmi menjadi hak kerajaan serta sudah dimasukkan ke akaun kerajaan.
Pada 8 September lalu, Ismail Sabri dan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus, memaklumkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa mereka tidak berhasrat mencabar permohonan pihak pendakwaan untuk melucutkan hak wang tunai lebih RM169 juta yang disita SPRM.
Pada 11 Disember tahun lalu, SPRM mengarahkan Ismail Sabri untuk mengisytiharkan harta, sebelum beliau hadir buat kali pertama ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 19 Februari lalu bagi memberikan keterangan berhubung siasatan yang sedang dijalankan.
Pada sidang media Mac lalu, SPRM mempamerkan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa serta 16 kilogram jongkong emas tulen bernilai hampir RM7 juta.
Rampasan itu dilakukan hasil penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan ‘rumah selamat’ selepas siasatan terhadap empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari lalu.
Bekas Perdana Menteri itu disiasat SPRM berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan perbelanjaan serta perolehan dana untuk promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Topic Berkaitan
#pengubahan wang haram
#ismail sabri yaakob
#Peguam Negara
#Mohd Dusuki Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan