awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Iran kecam AS-Israel, tegaskan hak terhadap program nuklear damai
DUNIA
Amerika Syarikat adakan rundingan damai dengan Iran
MALAYSIA
Unifi Business bakal lancar program 'Impak Biz', bantu PMKS ukur digitalisasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kes Ismail Sabri: SPRM akan failkan permohonan lucut hak RM170 juta - Azam Baki

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
25/06/2025
04:20 MYT
Sponsor Banner
Kes Ismail Sabri: SPRM akan failkan permohonan lucut hak RM170 juta - Azam Baki
Azam (tengah) berkata, SPRM akan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap wang berjumlah RM170 juta susulan siasatan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Ismail Sabri. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap wang berjumlah RM170 juta susulan siasatan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, siasatan kes berkenaan telah pun selesai dan kini berada di peringkat tindakan lanjut oleh timbalan pendakwa raya.
"Kes ini telah selesai dan berada di tangan timbalan pendakwa raya. Setakat maklumat yang saya terima, timbalan pendakwa raya bersetuju untuk memfailkan permohonan dalam tempoh dua minggu lagi.
“Permohonan ini melibatkan penyediaan afidavit dan dokumen berkaitan untuk melucut hak wang kira-kira RM170 juta yang pernah saya tunjukkan sebelum ini.
“Terserah kepada Ismail Sabri sekiranya beliau ingin mencabar permohonan kami itu,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM, di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Azam berkata, sebarang pertuduhan jenayah terhadap Ahli Parlimen Bera itu masih belum diputuskan dan pihaknya sedang menunggu arahan daripada timbalan pendakwa raya.
Mengenai jangka masa bila Perdana Menteri kesembilan itu akan didakwa, beliau berkata, pihaknya optimis keputusan dapat dibuat dalam tempoh satu hingga dua bulan.
“Saya rasa dalam sebulan dua ini, timbalan pendakwa raya akan buat keputusan. Saya juga telah memohon supaya pihak timbalan pendakwa raya tidak mengambil masa yang terlalu lama kerana kes ini melibatkan kepentingan awam,” ujar beliau.
Media sebelum ini melaporkan Ismail Sabri sudah tujuh kali dipanggil SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Beliau disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia ketika tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Pada 3 Mac lalu, Azam memaklumkan, Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram jongkong emas di dalam sebuah "safe house", hasil serbuan SPRM.
Topic Berkaitan
#kes Ismail Sabri
#pengubahan wang haram
#Azam Baki
#lucut hak RM170 juta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami