KOTA KINABALU: Kes jangkitan COVID-19 hari ini direkodkan tinggi dalam kalangan kanak-kanak di Sabah iaitu 518 kes dengan 33 kes daripadanya melibatkan bayi, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata sebanyak 156 kes melibatkan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun manakala 329 kes lagi membabitkan kanak-kanak berusia enam hingga 11 tahun dengan kesemua mereka masih belum menerima vaksin COVID-19.
"Amatlah dianjurkan agar para ibu bapa dan pengurusan sekolah mengambil langkah perlu untuk mengurangkan risiko jangkitan ke atas anak-anak kecil apatah lagi mereka yang belum layak diberi vaksin," katanya menerusi kenyataan malam ini.
Dalam pada itu, Masidi berkata lima daerah mencatat kes tertinggi hari ini iaitu Kota Kinabalu dengan 914 kes, Sandakan (478), Tuaran (414), Penampang (389) dan Papar (256).
Beliau berkata kes jangkitan secara sporadik dikesan menerusi saringan bergejala menjadi faktor danpenentu utama jumlah kes di daerah-daerah yang mencatat kes harian yang tinggi dengan 58.52 peratus daripada kes hari ini dikesan menerusi saringan tersebut.
BACA: COVID-19: Sabah lapor 3,891 kes positif, 99.74 peratus kategori satu dan dua
"Kita boleh rumuskan bahawa peratusan jangkitan secara sporadik yang tinggi adalah penyebab kepada perebakan virus yang begitu cepat dan meluas serta akan menjadi faktor penentu kepadajumlah kes baharu dalam masa terdekat," katanya.
Masidi berkata 3,891 kes COVID-19 dengan lima kes kematian akibat pandemik itu direkodkan hari ini manakala 620 orang sembuh dan 2,776 pesakit sedang menerima rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 13 2022
Kes jangkitan COVID-19 hari ini direkodkan tinggi dalam kalangan kanak-kanak di Sabah iaitu 518 kes dengan 33 kes daripadanya melibatkan bayi. - Gambar hiasan
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Empat kes COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Johor sehingga semalam
Empat kes COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Johor yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sejak Sabtu lepas hingga semalam.
Jumlah kes COVID-19 menurun 15.7 peratus
Jumlah kes COVID-19 menurun 15.7 peratus pada Minggu Epidemologi ke-23 (ME 23/2023) iaitu bagi tempoh 4 Jun hingga 10 Jun kepada 3,814 kes berbanding 4,523 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod dua hari berturut-turut
Jepun mencatatkan 233,100 kes harian COVID-19 pada Khamis memecah rekod baharu untuk hari kedua berturut-turut yang turut menyaksikan peningkatan pengunaan katil di hospital.
Kes COVID-19 di Kelantan tidak meningkat meskipun ramai perantau pulang - Dr Izani
Bilangan kes COVID-19 di Kelantan tidak menunjukkan peningkatan meskipun dengan kepulangan begitu ramai perantau menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
KKM jangka kes COVID-19 akan meningkat selepas Aidilfitri - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes penularan COVID-19 akan meningkat pada perayaan Aidilfitri ini.
Kes COVID-19 melonjak di Australia akibat subvarian Omicron
Kes jangkitan harian COVID-19 di beberapa negeri di Australia menyaksikan peningkatan mendadak susulan subvarian BA.2 Omicron, lapor Xinhua.
COVID-19: Kes libatkan kanak-kanak semakin banyak di Labuan
Kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun semakin meningkat di Labuan.
Kes jangkitan COVID-19 kanak-kanak di Sabah tinggi, libatkan 33 bayi - Masidi
Kes jangkitan COVID-19 hari ini direkodkan tinggi dalam kalangan kanak-kanak di Sabah iaitu 518 kes dengan 33 kes daripadanya melibatkan bayi.
Malaysia rekod trend penurunan kes COVID-19 sejak Minggu Epidemiologi ke-34
Malaysia merekodkan trend penurunan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini apabila mencatat penurunan kes sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-34.
COVID-19: 7,509 jangkitan baharu, 9,531 kes sembuh dilaporkan
Pertambahan kes baharu itu menjadikan kumultif kes ketika ini adalah 2,384,542 kes.