awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 1 juta rakyat Terengganu nikmati manfaat PJRM - KPDN
“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes jenayah komersial babit kerugian RM5.3 juta dilaporkan di Perlis

Bernama
Bernama
15/11/2021
11:09 MYT
Kes jenayah komersial babit kerugian RM5.3 juta dilaporkan di Perlis
Ketua Polis negeri Datuk Surina Saad berkata, pelbagai taktik dan helah modus operandi digunakan suspek bagi memperdayakan mangsa. - Bernama
KANGAR: Sebanyak 328 kes jenayah komersial dilaporkan di Perlis dengan nilai kerugian berjumlah RM5.3 juta dari Januari sehingga 31 Oktober lepas.
Ketua Polis negeri Datuk Surina Saad berkata, pelbagai taktik dan helah modus operandi digunakan suspek bagi memperdayakan mangsa dan untuk negeri ini kes penipuan dalam talian adalah tertinggi iaitu pada kadar 70 peratus.
"Rata-rata mangsa yang terlibat dengan kes ini berasa panik (ketika dihubungi scammer) dan tidak membuat siasatan terperinci, mereka terus dedahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga (scammer) tanpa berunding terlebih dahulu dengan agensi berkaitan seperti bank atau pihak berkuasa.
"Terus laporkan kepada polis jika rasa curiga dan jangan dedahkan terus maklumat peribadi kepada pihak ketiga secara langsung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (Jenayah Dalam Talian) 2021 Kontinjen Perlis di sini, hari ini.
Beliau berkata sepanjang tahun lepas sebanyak 315 kes jenayah komersial dengan kerugian berjumlah RM4.3 juta dilaporkan.
"Semua peringkat umur ada yang terlibat dengan kes seperti ini. Kalau dulu ianya banyak melibatkan orang awam yang telah berpencen dan duit banyak, sekarang sesiapa saja boleh terlibat kalau tidak berhati-hati.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah komersial
#Perlis
#PDRM
#sindiket penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan