KUANTAN: Kes jenayah komersial di Pahang menunjukkan penurunan dengan 630 kertas siasatan dibuka membabitkan nilai kerugian RM28 juta dalam tempoh Januari hingga April tahun ini, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
Beliau berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
"Bagaimanapun, dari segi tangkapan, menunjukkan peningkatan dengan 534 tangkapan berbanding 442 tangkapan dalam tempoh sama pada tahun 2023.
"Kita akan terus memberi fokus kepada kes komersial kerana ia merupakan salah satu elemen jenayah yang amat dibimbangi kerana impaknya melibatkan jumlah kerugian berskala besar," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Lafaz Ikrar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini semalam.
Menyentuh mengenai indeks jenayah, Yahaya berkata indeks keseluruhan jenayah di negeri ini dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan, iaitu 802 kes berbanding 643 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata, jenayah kekerasan mencatatkan peningkatan sebanyak 12 kes kepada 133 kes berbanding 121 kes tahun lepas.
"Begitu juga jenayah harta benda yang menunjukkan peningkatan 147 kes iaitu daripada 522 kes pada tahun lalu kepada 669 kes tahun ini di mana peratus penyelesaian kes di Pahang adalah 54.74 peratus," katanya.
Dalam pada itu, Yahaya berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang setakat ini telah berjaya melaksanakan 4,843 tangkapan melibatkan 4,392 kes atas pelbagai kesalahan narkotik dengan nilai rampasan dadah RM2.7 juta dan 247 pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata statistik kemalangan jalan raya di negeri ini turut meningkat sebanyak 274 kes kepada 8,181 kes dalam tempoh sama tahun ini berbanding 7,907 kes tahun lepas, namun kemalangan maut mencatatkan penurunan tiga kes iaitu 144 kes dalam tempoh empat bulan tahun ini berbanding 147 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Yahaya berkata indeks keseluruhan jenayah di negeri ini dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan, iaitu 802 kes berbanding 643 kes dalam tempoh sama tahun lepas. - Gambar fail/BERNAMA

Penghormatan terakhir untuk sembilan anggota FRU sebelum dihantar ke kampung halaman
Jenazah sembilan anggota FRU akan diberi penghormatan terakhir sebelum dihantar pulang ke kampung masing-masing.

Anggota FRU maut kemalangan: Bedah siasat sembilan mayat dijangka selesai 8 malam ini - Polis
Proses bedah siasat sembilan mayat anggota FRU yang maut dalam kemalangan ngeri dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini pagi tadi dijangka selesai 8 malam ini.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas FRU
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan mendoakan mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudah urusan.
Menyalurkan 50% daripada kutipan saman AWAS kepada Kementerian Pengangkutan - Loke
Menteri Pengangkutan berkata jawatankuasa kabinet bersetuju untuk menyalurkan 50% daripada kutipan saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) kepada Kementerian Pengangkutan. Dana ini akan digunakan untuk melaksanakan inisiatif keselamatan jalan raya, termasuk pemasangan lampu jalan LED solar di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi kemalangan.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: PM arah siasatan secara menyeluruh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jalan, lebuh raya baharu perlu ada terowong hidupan liar - KKR
Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya akan memastikan setiap jalan raya serta lebuh raya baharu selepas ini direka bentuk dan dibina dengan terowong hidupan liar.
Seni Malaysia gegar Abu Dhabi 5 bulan
“To Know Malaysia is To Love Malaysia” mengetengahkan 44 karya seni kontemporari oleh 10 pelukis Malaysia di Cultural Foundation Abu Dhabi dari April hingga September 2025. Ia adalah pameran antarabangsa pertama seumpamanya yang mempamerkan koleksi AFK, menyorot perjalanan seni dan identiti negara melalui lukisan, arca dan media campuran. Disokong oleh Christie's, CIMB Artober dan Limkokwing University, pameran ini menandakan kebangkitan seni Malaysia di pentas global.
Pemasangan lampu jalan LED solar antara inisiatif langkah -Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan telah memutuskan untuk memasang lampu jalan LED berkuasa solar di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi kemalangan tinggi. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan pencahayaan jalan pada waktu malam, terutama di kawasan luar bandar bagi mengurangkan risiko kemalangan.
#AWANInews
#AWANInews

Anggota FRU maut kemalangan: Pemandu lori batu ada enam rekod kesalahan lampau
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, semakan mendapati, lelaki berusia 45 tahun tersebut pernah terlibat dalam beberapa kesalahan penyalahgunaan dadah.

PM Australia Albanese, menteri angkat sumpah selepas menang pilihan raya
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese dan para menterinya telah mengangkat sumpah selepas Parti Buruh memenangi penggal kedua dalam pilihan raya persekutuan, lapor Xinhua.

Polis Selangor siasat kes penipuan pertukaran mata wang asing RM5.5 juta
Nilai kerugian kes tersebut dianggarkan sekitar RM5.5 juta, dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Profesional, warga emas jadi mangsa penipuan pelaburan mata wang kripto
Ramai warga emas teruja melabur dalam mata wang kripto kerana pulangan lumayan yang dijanjikan, tetapi akhirnya menjadi mangsa penipuan.

JSJK guna AI bagi penguatkuasaan, siasatan jenayah komersial
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi melancarkan proses penguatkuasaan atau siasatan jenayah komersial.

Kerugian jenayah komersial di Melaka meningkat RM79.27 juta tahun lepas
Nilai kerugian mangsa jenayah komersial di Melaka meningkat kepada RM79.27 juta pada tahun lepas berbanding RM48.42 juta pada 2023.

Sibu rekod kerugian lebih RM20 juta akibat jenayah komersial
Ibu Pejabat Daerah (IPD) Daerah Sibu merekodkan jumlah kerugian wang tunai akibat jenayah komersial mencecah RM20,143,509.90 sepanjang tahun lepas.

Kerugian akibat jenayah komersial cecah RM3.11 bilion sepanjang tahun lepas
Jumlah kerugian akibat kesalahan jenayah komersial sepanjang tahun lepas mencecah RM3.11 bilion dengan 41,701 kertas siasatan dibuka.

PDRM rekod RM7.9 juta kerugian jenayah komersial setiap hari
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan nilai purata kerugian jenayah komersial mencecah kira-kira RM7.9 juta dalam tempoh sehari.

18,205 kes komersial dicatatkan, kerugian lebih RM1.5 bilion - Polis
Jumlah kerugian berkaitan kes-kes jenayah komersial termasuk penipuan dalam talian meningkat 31 peratus bagi tempoh 1 Jan hingga 11 Ogos tahun ini.

6,619 kes jenayah komersial babitkan kerugian RM68.5 juta di Perak
Sejumlah 6,619 kes jenayah komersial direkodkan di Perak melibatkan kerugian melebihi RM68.5 juta dari Januari hingga 31 Julai lepas.

Jumlah kerugian dalam kes-kes jenayah komersial di Pahang Jan-Jun meningkat berbanding tahun lepas
Jumlah kerugian dilihat meningkat daripada RM22.1 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun lepas kepada RM53.9 juta tempoh sama tahun ini.