awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN

Bernama
Bernama
08/02/2026
00:15 MYT
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Shamsul Azri berkata surat arahan rasmi mengenai ketetapan itu akan dikeluarkan dan Unit Transformasi Digital juga diwujudkan bermula tarikh sama. - Gambar fail
BANGI: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata perkhidmatan awam akan memulakan pelaksanaan pendekatan tanpa kertas bagi urusan mudah bermula 9 Feb, selaras usaha mempercepat pendigitalan dalam pentadbiran kerajaan.
Beliau berkata surat arahan rasmi mengenai ketetapan itu akan dikeluarkan dan Unit Transformasi Digital juga diwujudkan bermula tarikh sama.
"Kita mulakan dengan program pendigitalan dalam perkhidmatan awam bagi perkara-perkara yang mudah, tiada lagi kertas," katanya pada sidang media selepas Permukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP) Tahun 2026 di sini pada Sabtu.
Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
Shamsul Azri berkata pihaknya juga akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek pembangunan yang dapat memberi kesan segera kepada kesejahteraan rakyat.
Antara keutamaan termasuk kerja-kerja membaiki jalan, membaik pulih bangunan sekolah serta penyediaan kemudahan awam yang lebih selesa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkhidmatan awam
#sifar kertas
#urusan
#pentadbiran kerajaan
#digital
#Shamsul Azri Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan