awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes jenayah komersial Johor meningkat, kerugian cecah RM3.9 juta

Bernama
Bernama
16/03/2024
07:58 MYT
Kes jenayah komersial Johor meningkat, kerugian cecah RM3.9 juta
M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 137 kes dengan kerugian RM4.3 juta dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Sebanyak 155 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM3.9 juta direkodkan di Johor sejak 1 Mac hingga semalam.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 137 kes dengan kerugian RM4.3 juta dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata kes penipuan merupakan penyumbang tertinggi iaitu 123 kes atau 79 peratus sekali gus merekodkan jumlah kerugian tertinggi iaitu lebih RM3.4 juta atau 87 peratus daripada jumlah keseluruhan kerugian yang dilaporkan tahun ini.
"Kes penipuan berkenaan melibatkan kes belian dalam talian iaitu 32 kes, pelaburan tidak wujud (18 kes), penyamaran dalam talian atau 'phone scam' (18 kes), pinjaman tidak wujud (16 kes) dan lain-lain kes penipuan (39 kes)," katanya dalam kenyataan hari ini.
M. Kumar menegaskan pihaknya secara berterusan menjalankan kempen kesedaran jenayah komersial secara bersemuka mahupun melalui media sosial.
Beliau turut menasihatkan orang ramai lebih cakna dan mengambil tahu trend semasa jenayah komersial bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan, selain mendapatkan maklumat berkaitan modus operandi jenayah komersial melalui akaun rasmi JSJK @cybercrimealert dan @JSJK PDRM di Facebook, Instagram dan TikTok.
"Mereka juga disarankan menggunakan talian CCID infoline dan perkhidmatan 'semak mule' sebelum membuat sesuatu pembayaran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah komersial
#Negeri Johor
#ketua polis johor
#M Kumar
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan