awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes kehilangan beg berisi RM1 juta, polis tahan dua pengawal keselamatan

Bernama
Bernama
07/11/2024
15:00 MYT
Kes kehilangan beg berisi RM1 juta, polis tahan dua pengawal keselamatan
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 52 dan 38 tahun itu ditahan di Ampang pada pukul 10 malam pada hari kejadian yang sama. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menahan dua pengawal keselamatan bagi membantu siasatan kes beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilaporkan hilang selepas proses kutipan dilakukan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 52 dan 38 tahun itu ditahan di Ampang pada pukul 10 malam pada hari kejadian yang sama.
Beliau berkata kedua-dua mereka dipercayai menaiki van keselamatan yang membawa beg berisi wang tunai berjumlah RM1,071,000 ketika hari kejadian.
"Ujian air kencing ke atas kedua-dua mereka adalah negatif dan pengawal keselamatan terbabit tidak mempunyai sebarang rekod jenayah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Azam berkata kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Beg berkenaan dilaporkan hilang pada pukul 3.55 petang sebelum ditemukan di tengah laluan di Jalan Hulu Kelang menuju ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur oleh orang awam pada hari kejadian.
Beg itu dipercayai terjatuh ketika kenderaan terbabit melalui kawasan selekoh di laluan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beg berisi RM1 juta
#beg hilang
#pengawal keselamatan
#ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan